#Post Title #Post Title #Post Title
Sunday, December 30, 2012

Pengajaran daripada Peter Senge


Menurut Senge (1990) organisasi pembelajaran adalah tempat di mana sekumpulan manusia yang diberikan kebebasan untuk membentuk kapasiti mereka ke arah kejayaan yang diingini, dimana pembentukan idea pemikiran yang baru berlaku dan proses pembelajaran berlaku sepanjang masa dimana mereka belajar cara belajar secara berterusan. Persekitaran juga dibina ke arah pembelajaran yang berterusan dan setiap ahli dalam organisasi mendapat faedah hasil daripada organisasi pembelajaran.

Senge (1990) memperkenalkan lima dimensi organisasi pembelajaran iaitu:
i.             Personal mastery
ii.            Misi sepunya
iii.           Model mental
iv.           Pembelajaran berkumpulan dan
v.            Sistem berfikir

Personal Mastery merujuk lepada setiap individu mestilah mengetahui sebab dan keperluan kehadirannya dalam sesuatu organisasi atau institusi. Ini adalah penting untuk memberikan gambaran yang jelas kepada setiap individu tentang kepentingan kewujudannya di dalam organisasi.

 Misi sepunya merujuk lepada keadaan dimana setiap individu memahami matlamat organisasi dan jelas akan misi kehadiran mereka di dalam organisasi tersebut. Menjadi tangunggjawab pemimpin organisasi untuk mendengar dan membuat síntesis lepada setiap misi individu untuk memastikan akhirnya setiap individu mempunyai misi sepunya yang mengambil Kira misi individu-individu dalam organisasi.

 Model mental pula merujuk lepada keadaan dalam organisasi dimana setiap individu mempunyai cara berfikir dan melihat kepada sesuatu perkara itu berbeza-beza dan adakala apa yang difikirkan tidak selari dengan apa yang dipraktikkan. Dimensi ini memerlukan pemimpin untuk memastikan setiap individu mempunyai fikiran yang betul terhadap organisasi.

Pembelajaran berkumpulan memerlukan setiap individu dalam organisasi bertukar-tukar fikiran untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Dialog dan debat digalakkan untuk membentuk pembelajaran dan menghormati pendapat orang lain yang berbeza pendapat.


 Dan akhir sekali sistem berfikir adalah dimana setiap individu dalam organisasi melihat organisasi sebagai sangat penting dan kelemahan organisasi diambil sebagai peluang untuk belajar bersama-sama untuk menambahbaikkanya.

[ Read More ]
Saturday, December 15, 2012

Salam Imtihan

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurnia dan kasih sayangNya

Ya Tuhanku,

Aku berserah kepadaMu atas segala-galanya..


Ya Tuhanku,
Aku amat menyintaiMu...

Ya Tuhanku..
Ampunilah segala dosa-dosaku..
Kuatkanlah aku dalam mengharungi ujiaMu..

Terima kasih Tuhan.. atas segala-galanya.. atas nikmat yang tak terhitung.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selamat menduduki peperiksaan kepada sahabat2ku , semoga kita mendapat keputusan yang cemerlang
di dunia dan akhirat.. Sayang Allah.

Siti hajar Aliyais


Jadual exam semester ini, 
Amin Ya Rabbal.. 
Atas segala2nya.. 


[ Read More ]
Sunday, December 9, 2012

Kem Kembara Al- Fateh



Alhamdulillah, selama 3hari 2 malam berkampung di Kem Rimba Tamu, Batang Kali.Bersyukur kepada Allah swt kerana dengan izinNya, dapat la saya bersama-sama sepanjang kem berlangsung. 

Banyak perkara yang saya belajar sepanjang dalam kem tersebut. Ceramah yang disampaikan oleh Ust Shaari Abd Rahman mantap sangat! Bak kata Ustaz Zamri, mantopp! hehe..

Carilah al-fath dalam dirimu. Semoga adik-adik dalam kem ini dapat sesuatu dari kem ini.

Sahabat2 yang dikasihi Allah SWT, jom kita mencontohi sifat kepimpinan Sultan Al Fateh 



1.Berpengetahuan
2.Be positif
3.Proaktif

Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Konstantinopel akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera" (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Setelah 800 tahun sabda Rasulullah SAW berkaitan hadis di atas, akhirnya konstantinopel (Istanbul) berjaya ditakluki oleh Sultan Al Fatih dan tenteranya. 

Terima kasih kepada pihak penganjur program dan AJK pelaksana Kem ini. Teruskan lagi dengan menganjurkan program sebegini.

Kali pertama  bekerjasama dengan Syidatul Rasyid, Aishah Jamaludin, Shamim dan Hazri sebagai AJK Aktiviti dalam Kem ini. Tahniah kepada sahabat-sahabat. Anda semua hebat! Semoga antum semua dirahmati Allah SWT. Bermuhasabahlah kamu sebelum kamu dimuhasabahkan.






[ Read More ]
Thursday, December 6, 2012

Peringkat kerjaya saya



Apakah ciri-ciri anak ketiga? Sebagai anak tengah saya lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri.

JoM kita teroka peringkat kerjaya dalam hidup saya...


Semasa berumur 6 tahun, cita-cita saya adalah wartawan kerana pada waktu itu saya seronok melihat wartawan di televisyen. Mereka berjaya membongkar kisah kehidupan dalam masyarakat dan memberi info kepada rakyat.Kemudian di alam persekolahan rendah, saya bercita-cita nak jadi guru setelah melihat cikgu berpakaian kemas dan cantik di sekolah. Pada masa yang sama, tugas ayah sebagai guru di sekolah menyebabkan saya terikut-ikut jejak ayah untuk menjadi sepertinya.


Kerjaya pilihan saya masih tidak 'stable' semasa di alam persekolahan sehinggalah melangkah kaki ke alam remaja, saya bercita-cita nak menjadi seorang pensyarah. Actually, cita-cita ini tidak jauh berbeza dengan kerjaya yang bakal saya ceburi kelak kerana ianya masih berada dalam 'seting' pendidikan. Semasa melanjutkan pelajaran di sekolah tinggi, saya ingin menjadi guru Bahasa Melayu kerana begitu minat dalam subjek ini.


Semasa berumur 18 tahun, saya bekerja sebagai guru di salah sebuah taska milik saudara di Bandar Darul Aman, bekerjasama dengan kanak-kanak membuatkan saya tertarik untuk terus berada dalam dunia pendidikan atau bekerja dalam bidang sosial.


Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Dzat Yang Maha Mulia kerana memberi peluang kedua kepada saya untuk berada bersama dengan anak-anak generasi cendekiawan. Sepanjang 4 bulan berada di sana, banyak perkara yang saya pelajari daripada anak-anak yang comel itu.


'Rasulullah dalam mengenangmu... kami susuli lembaran sirahmu...' nokia berwarna pink berdering.Setelah menjawab panggilan telefon daripada bekas guru di SMKPendang, mata ini tidak dapat menahan mutiara-mutiara jernih yang jatuh ke pipi.Tahniah, keputusan STPM dah keluar, cepat balik Kedah ambil 'result', kata-kata Teacher Warnida.


Bersyukur dengan apa yang Allah berikan *usaha-doa-tawakal*

Secara jujurnya, salah satu sebab saya boleh berada dalam bidang kaunseling kerana anak-anak yang saya kasihi. Saya melihat mereka memerlukan bimbingan daripada orang dewasa, terutamanya ibu bapa. Keperluan kasih sayang yang mencukupi daripada ibu bapa akan melahirkan anak yang sihat jiwa,mental dan akhlak.Love & Belonging, salah satu keperluan asas bagi manusia. Saya harapkan apabila saya bergraduasi kelak, saya dapat membantu anak-anak muda terutamanya remaja. Kaunseling adalah bidang yang membantu orang yang ingin berubah.


Berdasarkan kepada kisah hidup saya, kita dapat lihat bahawa perkembangan kerjaya seseorang itu telah bermula sejak zaman kanak-kanak lagi. Menurut Ginzberg & Associates, 1972 terdapat tiga peringkat perkembangan kerjaya seseorang.Pada zaman kanak-kanak kerjaya pilihan berada dalam alam fantasi iaitu dalam lingkungan umur 6-11 tahun, kemudian peringkat percubaan dan peralihan yang berumur 11 hingga 17 tahun. Peringkat ketiga ialah realistik penentuan dan penerokaan ketika berumur 17 hingga 25 tahun.

Berdasarkan teori Gestalt, yang mendukung konsep Here and Now, saya kini berada dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan & Kaunseling, Semester 4, dan merupakan pelajar tahun kedua di UPSI.


* ungu warna kejayaan

* hijau warna syurga,

* pink warna kasih sayang

* putih warna kesucian

* ektrovert


salam sayang
Siti hajar aliyais
'counselor to be'

[ Read More ]

Didik mereka tugas pendidik


Bersama dengan anak-anak..
Bersama dengan anak-anak? Ops.. bukan anak yang dikandung, Hajarkan masih muda takk kawin lagi... hermm.. bersama dengan anak-anak didik.. Insya-Allah walaupun kerja ini berat. Namun Hajar mempunyai satu visi untuk melihat anak –anak ini berjaya. Hajar mengharapkan mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Benar amanah itu sangat berat!

Pengisian Cuti semester selama 4 bulan.
Selepas seminggu di kampung Hajar ke Putrajaya untuk mengisi masa lapang, dan masa – masa ini yang ditunggu sebab ingin bersama dengan anak-anak di sini. Rindu sangat dengan anak-anak. Dalam hati nak jumpa dengan naufa, damia, wazien, Danish,Qaseh dan lain-lain.– Nama-nama anak-anak yang Hajar pernah jaga dulu. Bila dah ada di sini, mereka tak banyak berubah dari segi fizikal. Genap setengah tahun Hajar tidak berjumpa dengan mereka sejak Hajar di bumi UPSI.

Kali pertama bersama Danish
Kali pertama bertemu Danish masa dihantar oleh umi dan abahnya, uminya bertanya tengah cuti semester ke? Hajar mengiyakan. Danish terkejut dan melihat Hajar seakan-akan kehairanan. Entah dia masih ingat ke tak akan Hajar pada pagi itu. Lagaknya macam ingat lagi akan diriku...masih ingat ke? Danish sihat, umi kata Danish dah besar. Ya,sudah besar.... agak-agaknya perangai Danish sudah berubah ke? Kata cikgu bahagian tadika sekarang, Danishlah anak yang selalu ‘terlebih aktif’- Ya , Hajar faham dan kenal persis diri Danish. Hatinya baik cuma tidak tahu cara nak berkawan sebenarnya. Seorang abang yang sangat penyayang kepada Batrisya. Anak itu agak aktif, seharusnya guru memberi perhatian yang lebih dan memberi kasih sayang sebaiknya agar mereka tidak rasa terbiar dan pada masa yang sama mampu membentuk personaliti positif anak-anak.

Kesal
Jangan disebabkan mereka  yang ‘nakal’ – Guru mengambil pendekatan untuk membiarkan mereka. Kita seharusnya melayan mereka dengan lembut dan menegur mereka dengan cara  yang berhemah. Iya, sangat kesal dengan sikap sesetengah guru yang mengambil mudah perkara ini. Apa yang kita lakukan, cakapkan - sebenarnya akan memberi impak yang besar kepada mereka yang akhirnya akan membentuk personaliti anak-anak. Jika dilihatkan kembali kepada masa yang kita ada bersama dengan anak-anak ini  sangat panjang. Ya ! mereka datang ke taska pada jam   seawal  7 pagi dan rata-rata ibu bapa mengambil anak pada jam 6.00 petang, ada juga yang mengambil anak hampir jam 7.00 petang. DI mana masa mereka untuk keluarga ?Hanya pada waktu malam.Perkembangan anak-anak bermula pada waktu kecil- bayi- Mengikut Freud dalam Psikoanalisis peristiwa pada umur 3 tahun akan memberi kesan kepada diri seseorang iaitu pada peringkat fallic. Dalam kata yang mudah, apa yang mereka alami pada waktu ini akan memberi kesan dan membentuk perangai mereka kelak. Tugas pengasuh dan guru amat penting!  Dan Amat mudah jika guru memahami tugas dan peranan mereka....


 Saya pun pernah rasa perkara itu- cara penerimaan kita yang berbeza
Seramai  12 orang anak yang Hajar jagakan pada tika itu 4 perempuan dan 8 lelaki. Setiap dari mereka mempunyai personaliti yang tersendiri. Manja,semua ada... mereka sangat menguji kesabaran  saya.  Maaf! Setiap hari Hajar akan berdepan dengan ibu bapa dan menceritakan ---- hari ini anak puan terjatuh, kadang digigit... berdepan lagi dengan ibu bapa yang cerewet. Ibu cerewet pun sebab mereka mahukan yang terbaik buat anak mereka. Hajar faham. Jangan disebabkan ibu sebegitu, guru tidak mempedulikan anak mereka. Ini yang Hajar gusarkan setelah mendengar pengakuan daripada pendidik di sini. Bagaimana cara Hajar? Hajar kelaskan anak-anak yang agak ‘aktif’ . Anak-anak ini  yang perlu diberi perhatian lebih di samping masih menjaga anak-anak yang lain. Mengajar mereka cara untuk sayang rakan yang lain, jangan pukul kawan, sebab sakit, tak baik ... tegur mereka dengan cara yang betul, mereka akan faham. Yang menjadi masalah apabila guru terus menghukum dan marah. Anak akan memberontak kerana merasakan guru tidak menyayangi mereka.

Tegurlah mereka dengan cara yang lembut, marah boleh, tetapi marah untuk mendidik bukan marah untuk melepaskan kemarahan kepada anak itu. Mereka takkan faham jika tidak diberi ‘reason’ kenapa teacher  marah mereka. Jika memberi sebab dan musabab yang benar anak akan faham.
 Hajar sayangkan anak-anak yang Hajar jaga..Hajar kuatkan diri untuk bekerja. Itu adalah pengalaman yang akan menguatkan diri dalam menghadapi reality kehidupan.  Kerana sayang... dan inginkan mereka berjaya. Jika anak ‘nakal’ – apa perkataan untuk tukar kepada ‘nakal;.. ? Hajar tak suka nak guna perkataan ini ... sebenarnya mereka bukan nakal, Cuma mereka masih belajar dan tidak tahu yang mana benar dan salah....lalu mereka mengganggu rakan yang lain.  Tugas guru sangat besar!






[ Read More ]

Begin With The End in Mind


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah.. Ya ALLAH... 

Terima kasih Ya ALLAH ..

Ayuh bersama-sama kita 'ultimate' cangkir kita dengan taqwa, syukur, ikhlas dan redha kepadaNya..

Hari ni hari keempat (khamis - 13/9/2012) bagi sesi akademik 2012/2013. Masih panjang dan jauh lagi perjalanan nak bergelar mahasiswa/i (graduated) ni.. HUHU.. erm... act, itu ke yg ingin hajar ingin capai? of kos la, org belajar mesti nak lulus kan.. so readers! apa langkah yang blh kita ambil bagi menghadapi cabaran/ujian/halangan/hambatan/ ..? OPS! semuanya macam negatif jerk bunyinya.. Ya... jika itu yg readers lihat! Sebenarnya, apa yg kita fikir, apa yang kita rasa , itulah yang kita akan dapat.. Law of attraction. Likes attract likes..

Jom kita hadapi segala hambatan2 ini dengan ketenangan dan rasa syukur kepada Ilahi.. semua ini datang dariNya, Allah memberi ujian kepada kita kerana itu menandakan bahawa Allah juga rindukan kita. Betul.. di saat kita dalam kesusahan, Allah ingin melihat kita merintih dan terus merintih kepadaNya..  T_T.. readers yg disayangi.. kita adalah apa yang kita fikirkan.. 

utk mendapat apa yang kita fikirkan.. Begin with the end in mind! Ya!.. katakan.. readers nak dapat result 4.00 flat dalam final year nanti.. bermula dari sekarang readers dah perlu imagine '4.00'... imagine.... pejam mata, dan fokus pada apa yg readers inginkan.. hehe.. :) jadinya, mulai sekarang meh la kita imagine apa yg kita inginkan..hehehee..hajar dah nampak dah.. 2014.

ok, itu je yg saya nak share pada pagi ni.. .. Kita hanya merancang, dan ingatlah Allah itu Maha Perancang,dan perancangan Allah itu pasti lebih hebat utk kita. >.< Yakin dengan Janji Allah dan berdoalah kepadaNya.. nescaya Allah akan perkenankan doa hambaNya.. :)

Dan Tuhanmu berfirman : "berdoalah kepadaKu, nescaya akan AKU perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang sombong tidak mahu menyembahKU akan masuk ke neraka Jahannam dalam keadaan hina dina" - Surah Ghafir : 60

Sayang readers kerana ALLAH..
Syukran.
Siti hajar Aliyais
[ Read More ]

Merendah Hati

Alhamdulilah, syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada ALLAH Yang Maha Menguasai, kerana dengan izin-NYA, dapat saya mengatur jari-jemari ini untuk menaip dan berkongsi penulisan ini dengan para sahabat. Tergerak hati saya untuk berkongsi soal merendah hati. Moga penulisan ini memberi syafaat buat sahabat dan diri saya jua.


Tahukah sahabat bahana tidak  merendah hati ini ? Jika tidak dibendung ‘penyakit’ ini akan akan membawa kita kepada pelbagai kerosakan dan kerugian  yang lebih berat daripada dosa-dosa zahir. Syaitan selalu membisikkan bahawa sikap merendah diri kepada orang lain hanya akan menurunkan darjat kita pada mata mereka. Kerana takut menjadi hina, kita lalu enggan berbicara dengan orang yang kita anggap rendah,atau enggan melakukan pekerjaan yang biasanya dilakukan oleh yang hina.

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad daripada Abu Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

 ‘ Sesiapa yang merendahkan dirinya kerana Allah satu darjat, maka Allah akan meninggikannya hingga menempatkan di ‘Iliyyin yang tertinggi. Dan sesiapa yang meninggikan dirinya (takbbur) satu darjat, maka ALLAh akan terus merendahkannya hingga meletakkan namanya bersama orang yang sangat rendah (asfalasafilin).’ Hadis ini disahihkan oleh Ibn Hibban.

Kadangkala ALLAH SWT menguji hamba-NYA dengan kesenangan hidup, kekayaan , pasangan yang rupawan dan jutawan. Dengan itu, tiada salahnya sebagai hamba kita mensyukuri nikmat  dan merendah hati mengucap syukur kepada –NYA  di samping memberi pertolongan kepada yang memerlukan.
Sebenarnya berasa diri lebih hebat daripada orang lain adalah penyakit yang sangat berbahaya. Sifat ini akan menutup hati dan telinga kita daripada menerima nasihat dan kata-kata berguna untuk kebaikan di dunia dan akhirat.

Bagaimana caranya untuk merendahkan hati?
Sikap merendahkan hati boleh dimulai dengan cara mengubah  pandangan kita kepada orang lain. Usah lagi menjadikan pakaian, kenderaan, penampilan luar  dan asal usul seseorang  sebagai penentu sikap kita kepadanya. ALLAH SWT telah berfirman  yang bermaksud :

‘ Dan sungguh kami telah muliakan anak-anak Adam’. Surah al-Isra’ 17 : 70

Supaya dapat merendahkan diri, kita harus membuang ‘perasaan lebih baik daripada orang lain’.Kita harus sedar dan menyedari bahawa orang yang kita anggap hina boleh jadi sangat mulia di sisi ALLAH SWT.

‘Gantunglah azammu setinggi langit serta rendahkanlah hatimu serendah mutiara di lautan’.  Ingatlah walaupun mutiara itu berada di dasar lautan tetapi ia tetap berharga dan bernilai apabila berada di lautan.
Semoga penulisan ini memberi kebaikan kepada semua. Sekian wasasalam..
Wallahum a’alam...


manusia menilai dariapda perbuatan, tetapi Allah menilai daripada hatinya.

Present 18R8,
Putrayaja.
Awal Muharram

Salam kasih sayang,
Siti hajar aliyais


[ Read More ]

Informed Consent


Take note! Perkara yang perlu disediakan semasa Prasesi 

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wrth. Apa khabar semua? Di sini, saya ingin berkongsi mengenai informed consent. ataupun  persetujuan termaklum. Kepada adik2 atau mana2 individu yang akan menjalani sesi kaunseling individu atau kelompok kaunseling perlu menandatangi satu borang iaitu informed consent. Untuk apa borang itu? 


PERSETUJUAN TERMAKLUM KELOMPOK KAUNSELING

Saya _____________________________________ bersetuju untuk menyertai kelompok kaunseling bersama Siti Hajar binti Aliyais serta ahli-ahli yang lain seperti yang disenaraikan di bawah mulai 30 November 2012 pada setiap hari Jumaat (atau hari dan waktu lain seperti yang dipersetujui bersama) dari jam 12.00 tgh hari sehingga 2.00 petang di Makmal Kaunseling Kelompok 4. Saya juga bersetuju kontrak ini menjadi sebahagian daripada laporan sesi kaunseling yang boleh diperolehi oleh pihak pemimpin kelompok dan ahli kelompok ini. Pemimpin dan ahli kelompok ini tidak dibenarkan menerbit, menyampai dan menceritakan dengan apa cara sekalipun tanpa kebenaran setiap orang ahli kelompok ini. Pemimpin dan setiap ahli kelompok akan juga menjaga kesejahteraan fizikal dan psikologi ahli serta maruah setiap ahli. Ahli-ahli kelompok ini terdiri daripada mereka yang bernama seperti berikut;
BIL.
NAMA PENUH
NO.KAD PENGENALAN
1.


2.


3.


4.


5.


6.


7



T/tangan Ahli             :
Nama Ahli                  :
No. Kad Pengenalan :                                               Tarikh            : 30.11.2012

T/tangan Pemimpin  :
Nama Pemimpin        : Siti Hajar binti Aliyais
No. Kad Pengenalan :                                               Tarikh            : 30.11.2012

Semoga bermanfaat kepada bakal2 kaunselor 

[ Read More ]

Chapter 1 :HambaMU

Alhamdulillah..
Bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan

Ya Allah
 Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa mensyukuri nikmatMu
Jadikanlah aku hambaMu yang  sentiasa redha atas qadhaMU
Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa patuh atas perintahMU

Ya Allah..
Lindungilah aku.
Dalam setiap langkah, dalam setiap hembusan nafasku..

Ya Rabb
Ampunilah aku..
Atas segala kelemahan dan dosa yang telah aku lakukan..
Bimbinglah aku..
Terimalah aku di sisiMu..

Sesungguhnya aku sangat menyayangiMu..

Aku sayang Allah



[ Read More ]
Wednesday, December 5, 2012

Doa untuk Syria

Bismillahirrahmanirrahim…..
Dari tempat paling suci di bumi,
Dari tempat dimana Hajar berlari antara Safa dan Marwa,
Dari tempat dimana Allah mendengarkan Hajar dan memberi air zam-zam kepadanya dan anaknya Ismail,
Jamaah haji asal Syria ini berdoa bersama dengan suara keras:

Ya Allah... Kami datang ke masjid-Mu mencari-Mu,
Ya Allah... Kami tak punya siapa2 kecuali Engkau,
Ya Allah... Engkau hancurkan Kisra,
Ya Allah... Engkau hinakan Fir'aun,
Ya Allah... Engkau dapat menjatuhkan kaum tirani..

Ya Allah... Hancurkan, hinakan dan jatuhkanlah thoghut Syam, Basyar Assad..
Ya Allah... Tunjukkanlah kekuasaan-Mu ke Basyar Assad,
Ya Allah... Cincanglah dia sampai berkeping-keping,
Ya Allah... Hinakanlah dia, dan jadikanlah dia simbol bagi semua tirani,
Ya Allah... Penuhilah hatinya dengan rasa takut, goncangkanlah bumi dari bawah kakinya dan kaki para sekutunya,
Ya Allah... Kami mengadu kepada-Mu atas mizanah yang dia hancurkan, rumah-rumah yang dia bom, anak-anak yang dia sembelih, gadis-gadis yang dia perkosa, nenek-nenek yang dia sayat, kakek-kakek yang dia bunuh dan para pemuda yang dia tahan (untuk disiksa)..

Ya Allah... Balaskanlah dendam kami,
Ya Allah... Selamatkanlah hidup kami,
Ya Allah... Karuniakanlah kami kemenangan-Mu,
Ya Allah... Ini sudah terlalu lama, hanya Engkau yang dapat menolong kami..

ALLAHUMMA SHALII 'ALAA MUHAMMAD WA 'ALAA ALIIHI WA SHAHBIHI AJMA'IN



kopi dr fb


[ Read More ]
 
 

Recent Comments

Followers

Love Is Cinta, I'm Sorry, Please Forgive Me, I Love YOU, THANK YOU
Cuteki greetings

Counselor To Be

Assalamualaikum warahmatullahiwabaratuh.

Salam sejahtera.

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Esa, bersyukur kepada-Nya, kerana akhirnya blog 'Counselor To Be' telah berjaya ditubuhkan.

Tujuan penubuhan blog ini adalah untuk berkongsi ilmu tentang dunia kaunseling dan perjalanan hidup penulis dalam usaha untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Semoga penulisan yang dikongsikan dan tercoret di dalam blog ini akan memberi kebaikan buat diri penulis dan pembaca.Kepada bakal kaunselor, terutamanya sahabat-sahabat Batch Realiti, semoga kita akan menjadi kaunselor yang hebat satu hari nanti.A Journey Of Thousand Miles Start With A Single Step! Siti hajar Aliyais

Bicara kaunseling