#Post Title #Post Title #Post Title
Sunday, October 28, 2012

Mujahideenku yang jauh

Melihat wajah kalian..
hati ini rasa sangat sedih..
walaupun ku tahu kalian itu insan yang kuat dan tabah..

tidak sanggup mata ini melihat derita kalian.
diseksa, dirampas haknya..

wahai ibu..
wahai ayah..
wahai anak..
wahai abang..
wahai kakak..
wahai adik
wahai saudaraku..

maafkan aku..
kerana tidak dapat membantu kamu di sana..
aku hanya dapat melihat penderitaan kalian tanpa membuat apa2pun..

maafkan aku...
namun ketahuilah..
hati aku tidak sanggup melihat penderitaan kalian..
hanya sekeping doa yang mampu aku lakukan..
semoga kalian semua meraih kemenangan..

aku percaya dengan janji Tuhan..
bahawa bumi itu tetap menjadi milikmu..
milik kita bersama..

maafkan aku dan teman di sini..
maafkan kami..
sungguh walau kita tak pernah bertemu.
namun, kita adalah saudara .
Saudara Islam..
aku sangat sayangkan kalian..

Wahai saudaraku!
Di Gaza, Palestin, Syria, Rogingya, Malaysia..

Saudaraku,
Tika aku melihat pemergian kalian,
Bertemu Yang Maha Esa,
Tika itu aku yakin kamu sedang berada di Syurga,
Walaupun pemergianmu sungguh menyayat hati..
Namun, rohmu bahagia di sana..
Dengan sangkaan begitu,

Aku mampu gembira,
kerana Kalian Syahid di jalanNya..
ku tahu, kalian pasrah dan redha dengan ketentuan Tuhan..

Saudaramu,
Yang merindukan Syahid






Rula, ibu kepada 5 orang anak, saat-saat terakhirnya bersama anak-anaknya.

Rula hanya berusia akhir 20 an.

Dia dibunuh hanya kerana dia seorang Ahlu al Sunnah!




Ya Allah, Engkau tepatkan sasaran mujahideen 
dalam menegakkan agamaMu.
Amin Ya Rabb




[ Read More ]
Monday, October 22, 2012

Stres dan pembolehubah kehidupan



Assalamualaikum readers! Apa khabar? Stres? Pernah alami stres..? Saya percaya setiap orang pasti pernah mengalami stres bukan......

Gambar sebelah ini menunjukkan beberapa amalan yang boleh dilakukan ketika anda stres..10B. Jom amalkan. :)

1. bertenang
2.bernafas dengan dalam
3.berkata relakslah....
4.beribadat
5.berurut
6.bercakap dengan seseorang
7.berehat dan mendengar muzik
8.berfikiran positif
9.bersenam
10.beribadah






Jadual di bawah merupakan beberapa penyataan khusus mengenai stres yang saya siapkan semester 2.

BIL.
PERNYATAAN KHUSUS MENGENAI KONSEP STRES
SUMBER / BIBLIOGRAFI

1.

Menurut Norman Pecoraro, PhD, dari University of California, San Francisco, AS, saat kita sedang stres atau tertekan,  tubuh kita melepaskan hormon kortisol yang akan diteruskan ke otak, dan oleh otak diartikan tubuh perlu perlu pelampiasan. Nah, makanan manis dan berlemak tentu jadi pelarian yang  nikmat saat stres.



2.

Stres akan dialami dalam pelbagaikeadaan seperti rasa kesunyian, kurang tidur, keresahan, kebimbangan yang tinggi serta simptom-simptom fisiologi yang ditunjukkan kesan daripada sesuatu peristiwa yang dialami
(Wright, 1967).


Wright, J.J., (1967). Reported Personal Stress Sources and Adjustment of Entering Freshmen.
Journal of Counseling Psychology. 14(4): 371-373.


3.

Stres yang melebihi pada tahap tertentu sekiranya tidak dikawal akan mewujudkan pelbagai masalah kepada setiap individu (Romas dan Sharma, 2004).


Romas, J.A. and Sharma, M., (2004). Practical Stress Management: A Comprehensive
Workbook for Managing Health and Promoting Health. 3rd edition. Pearson : Benjamin
Cummings.


4.

Menurut Campbell dan Svenson (1992), apabila stres dilihat dari aspek negatif atau tekanan yang terlalu tinggi, ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan dan pencapaian akademik seseorang pelajar.


Campbell, R.L. and Svenson, L.W., (1992). Perceived Level of Stress Among University
Undergraduate Students in Edmonton, Canada. Perceptual & Motor Skills. 75: 552-554.


5.

Kajian Nowak dan Marie (1999) terhadap 24 orang pelajar persatuan ijazah kejururawatan dan 13 orang pelajar yang sedang menjalani latihan kejururawatan mendapati bahawa kekurangan masa, peperiksaan, tempoh masa mengulangkaji dan kuantiti bahan yang perlu dipelajariadalah faktor penyumbang stres di kalangan pelajar.


Nowak, Marie, S. (1999). The Relationship Between A.D.N. and P.N. Students’ Perceived
Level and Sources of Stress. Eastern Michigan University : Dissertation.



[ Read More ]
Sunday, October 21, 2012

Contoh Kertas Kerja



No Rujukan :UPSI/FPPM/AT04/3/-3
Pengarah Program : Siti Hajar Binti Aliyais
Tel : 013-4905xxx
 
 










UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


KERTAS KERJA

________________________________________________________________

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN KAJIAN LAPANGAN (PROLINK)
________________________________________________________________


TARIKH :
10/17 OKTOBER 2011

TEMPAT :
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANJURAN :
PELAJAR PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEMESTER 3 SESI 2011/2012
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS






1.0       TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan peruntukan kewangan daripada pihak pentadbiran Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia dengan tujuan berikut :
i.              Untuk mendapat kelulusan program
ii.            Mendapat bantuan pengangkutan


2.0       PENGENALAN
           
Program lawatan ke institusi kesihatan mental ini diadakan bagi membantu dan membimbing mahasiswa/i yang mengikuti kursus Psikologi Abnormal (KKD 3063) sebagai pendedahan awal tentang keadaan dan skop sebenar yang berkaitan dengan bidang kesihatan mental. Selain itu, dengan pengetahuan dan pengalaman baru ianya dapat menyedari kepentingan  dengan melihat gambaran realiti pesakit di institusi mental dan mampu mengukuhkan tentang kefahaman dari kandungan topik yang bakal dipelajari di dalam kelas. Melalui program lawatan (PROLINK) ini, mahasiswa/i dapat melakukan pemerhatian, analisis dan lebih memahami  gambaran sebenar individu yang mengalami isu kesihatan mental serta isu-isu yang berkaitan dengan kesihatan mental dalam konteks dunia realiti dan seterusnya membuat hubungkait dengan skop pengajaran dan pembelajaran KKD 3063.

3.0       OBJEKTIF

i.              Memenuhi keperluan khusus dan tuntutan tugasan KKD 3063 yang diberikan.
ii.            Mendapat pendedahan awal tentang situasi dan makluman sebenar berkait dengan isu kesihatan mental.
iii.           Pendedahan awal tentang pendidikan sepanjang hayat dan pengurusan informasi.
iv.           Menghasilkan kemahiran berkomunikasi sesama mahasiswa/i dan pihak yang berurusan.
v.            Mempraktikkan kemahiran sosial, kerja berpasukan, menghormati individu lain daripada pelbagai sosiobudaya dan bertanggungjawab.



4.0       JUSTIFIKASI

Program lawatan  seperti ini perlu dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada mahasiswa/i terhadap gambaran sebenar yang berlaku di institusi kesihatan mental. Memandangkan mahasiswa/i bakal menceburi profesion kaunselor kelak, maka lawatan seperti ini dapat mempersiapkan diri mahasiswa/i dengan cabaran pada masa akan datang. Lawatan seperti ini juga dapat membantu mahasiswa/i mengukuhkan pemahaman berkaitan subjek pembelajaran dalam subjek Psikologi Abnormal dan secara tidak langsung juga lawatan ini dapat meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri mahasiswa/i kerana ia melibatkan kesemua pelajar.

5.0       TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM        

            Tarikh                         : 10 Oktober 2011
            Hari                             :  Isnin
            Tempat Program        :  Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia,
                                                  Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak,
                                                  56000 Cheras, Kuala Lumpur.



6.0       KUMPULAN SASARAN/ PESERTA
- 27 orang mahasiswa/i Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan   Kaunseling.
-1 pensyarah kursus.



7.0       TENTATIF PROGRAM
Lampiran A

8.0       SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


NAMA DAN JAWATAN

BIDANG TUGAS

Penaung
Prof. Madya Dr. Noor Shah bin Saad
Dekan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Meluluskan kertas kerja yang disediakan

Penasihat
Dr. Mohd Muzafar Shah bin Mohd Razali
Ketua Jabatan Psikologi dan Kaunseling
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Menyokong dan memperakukan kertas kerja yang disediakan

Penyelaras
Cik Amelia binti Mohd Noor
Pensyarah Kursus
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Memantau dan menasihati perkara berkaitan program yang sedang dijalankan dan menyemak kertas kerja serta perjalanan program lawatan.

Pengarah Program
Siti Hajar binti Aliyais


Merangka, merancang, dan menganalisis program yang akan dijalankan.






Timbalan Pengarah Program
Nur Safikah binti Saidon


Membantu pengarah program dalam merangka dan menganalisis program yang dijalankan.


Setiausaha Program
Nik Sazura Asikin binti Zulkifli

Membuat surat, laporan setiap gerak kerja yang dijalankan berkaitan program.


Naib  Setiausaha Program
Siti Aishah binti Imam Muslim


Membantu setiausaha dalam melakukan gerak kerja berkaitan program.

Bendahari Program
Nur Shafina binti Mohamad



Membuat perbelanjaan berdasarkan kewangan program yang telah diberi serta membuat catatan pengeluaran wang yang digunakan.


AJK  Tanggungjawab Khas
Suzilawani binti Shukar Noor
Nor Lela binti Lahap
Norlida Wati binti Azmi
Nor Afifah binti Jaafar @ Abd Manan

Menyediakan pengangkutan.





AJK Makanan
Solehah binti Md Noh
Nur Jalilah binti Sulaiman
Muhammad Shazrul Shafiq bin Derani
Mastura binti Mohd Yusoff


Menempah dan mengurus makanan.

AJK  Media
Emy Nazira binti Embong
Siti Thalathiah binti Che Pa
Pazilah binti Saadon


Merekodkan aktiviti program secara bergambar.

AJK Cenderahati
Nor Suhaida binti Sayuti
Khairul Jaiyidah binti Abdul Rahim
Nur Adilah binti Ramli
Zaini binti Abdul Halim




Menguruskan hal-hal berkaitan cenderahati.

AJK Kebajikan, Keselamatan & Kebersihan
Norliza binti Hashim
Siti Aminah
Noraini binti Mohamad Saad



Menjaga kebajikan, kebersihan dan keselamatan sepanjang program lawatan.

AJK Urusetia
Repiah Ton Adawias binti Ibrahim
Salina binti Abd Aziz
Nurul Salwana binti Mazelan
Tengku Nurul Ain binti Tengku Anuar

Menguruskan nama setiap peserta yang terlibat dan perkara berkaitan dengan pendaftaran peserta.
9.0       ANGGARAN KEWANGAN
         
BIL.
PERKARA
HARGA
JUMLAH
10.1
PENDAPATAN (A)

1. Sumbangan Pensyarah Kursus


JUMLAH





RM       100.00    


RM     100.00

10.2













PERBELANJAAN (B)

YURAN PESERTA

1. Pentadbiran
-Print dan fotostat kertas kerja   dan surat menyurat


2. Makanan
-Minum pagi












RM 3.00 x 29 orang





RM 13.00




RM 87.00


JUMLAH PENDAPATAN (A) – (B)

RM 100.00 – RM 100.00


RM         100.00


11.0    PENUTUP

            Diharapkan menerusi program lawatan PROLINK ini, hasil pembelajaran yang telah digariskan bagi kursus KKD 3063 : Psikologi Abnormal akan tercapai. Semoga pengetahuan tentang ilmu kesihatan mental dapat diperolehi untuk manfaat dalam profesion kaunseling yang bakal diceburi kelak.


Disediakan oleh :


Siti Hajar binti Aliyais,
Pengarah,
Program Lawatan dan Kajian Lapangan PROLINK,
Kursus KKD 3063 : Psikologi Abnormal,
Jabatan Psikologi dan Kaunseling,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan


Tandatangan : ...................................

Tarikh            : ...................................

Disemak oleh :


Cik Amelia binti Mohd Noor,
Pensyarah Psikologi Abnormal (KKD3063),
Jabatan Psikologi dan Kaunseling,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan.


Tandatangan : ...................................


Tarikh            : ...................................



Disokong dan diperakukakan oleh :


Dr. Hj. Mohd Muzafar Shah bin Mohd Razali
Ketua Jabatan Psikologi dan Kaunseling,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan.

Tandatangan : ...................................


Tarikh            : ...................................






Diluluskan oleh :









Prof. Madya Dr. Noor Shah bin Saad,
Dekan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.



Tandatangan : ...................................

Tarikh            : ...................................



LAMPIRAN A

Tentatif Program Lawatan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia:
17 Oktober 2011 (Isnin)

7.00 pagi
Bertolak ke PPUKM
9.00 pagi
Dijangka tiba
9.30 pagi       
Ucapan aluan pengerusi majlis dan bacaan doa (Wakil  UPSI)
Mendengar taklimat dari pihak PPUKM
10.00 pagi
Mendengar ucapan yang disampaikan dari pihak PPUKM
10.45 pagi
Sesi soal jawab
12.30
Lawatan sambil belajar dan kajian lapangan ke wad psikiatrik
1.30 petang
Penyampaian cenderahati
2.00 petang
Solat Zohor
2.05 petang
Bertolak pulang ke UPSI

[ Read More ]
 
 

Recent Comments

Followers

Love Is Cinta, I'm Sorry, Please Forgive Me, I Love YOU, THANK YOU
Cuteki greetings

Counselor To Be

Assalamualaikum warahmatullahiwabaratuh.

Salam sejahtera.

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Esa, bersyukur kepada-Nya, kerana akhirnya blog 'Counselor To Be' telah berjaya ditubuhkan.

Tujuan penubuhan blog ini adalah untuk berkongsi ilmu tentang dunia kaunseling dan perjalanan hidup penulis dalam usaha untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Semoga penulisan yang dikongsikan dan tercoret di dalam blog ini akan memberi kebaikan buat diri penulis dan pembaca.Kepada bakal kaunselor, terutamanya sahabat-sahabat Batch Realiti, semoga kita akan menjadi kaunselor yang hebat satu hari nanti.A Journey Of Thousand Miles Start With A Single Step! Siti hajar Aliyais

Bicara kaunseling