#Post Title #Post Title #Post Title
Wednesday, June 12, 2013

Missing Link denganNya

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah Ya Allah kerana memberi keizinan kepada aku untuk meneruskan hidup ini..

aku mencari sesuatu..'missing link' yang telah lama aku lupa
jauh aku melangkah.. dari bayi.. kanak-kanak-, remaja, akhir remaja.. alam dewasa....
22 tahun.. aku berjalan tapi ... malangnya aku tak kenal siapa aku sebenarnya..
bayangkan.. 22 tahun..
agak2nya apa yang akan aku terima bila ditakdirkan aku meninggalkan semua yang ilusi ini, dan kembali kepada realiti...

kesudahannya??
apa yang aku buat untuk Islam.. semasa aku di dunia ilusi .. kembali ke akhirat yang realiti nanti..
YA ALLAH..


aku tak salahkan ayah dan ibu..
aku menjadi saksi bahawa ayah mengajar aku solat.. ayah pimpin bacaan aku masa aku nak belajar solat..
ayah yang ajar aku mengaji, ayah kenalkan aku alif, ba. ta...
ibu selalu kucup kepala aku sebelum aku ke sekolah.. mendoakan kebaikan aku.. semua ibu siapkan..


dalam solat ibu, ibu tak pernah lupa untuk mendoakan yang terbaik utk aku.
Terima kasih ibu!!! sebab aku tahu doa ibu 'direct' terus dengan ALLAH..

...
aku , setiap hari dalam solat aku  berjanji denganMu.. bahawa solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untukMU..

bila aku dicampakkan ke alam ini, alam dunia yang memang fana, yang penuh dengan ilusi, aku telah lupa siapa aku yang sebenarnya..

aku lupa sebenarnya aku adalah hamba. Aku hanya hamba. Hamba kepadaMU..

aku jauh.. setiap hari aku mendengar Engkau memanggil aku, dengan suara Azan.. tapi aku endahkan suara itu.. bertapa aku telah jauh sehingga berlaku dusta dengan janji yang telah aku katakan itu..

Ya Allah.. masihkah Engkau sudi memaafkan aku, atas segala kekhilafanku ini..

Sampailah satu masa, Engkau menegur aku.. Engkau telah mengetuk pintu hatiku.. yang mana selama ini aku buta.. yang selama ini.. aku baca, tapi maksud itu belum sampai ke hatiku.. Al-Quran ini telah lama aku pegang sejak umurmu 5 tahun.. tapi... penghayatan itu belum sampai.. aku tak salahkan sesiapa.. salah aku.. sebab aku sendiri yang tak berusaha,

kata2Mu dalam surah As-Sad :72

"Kemudian apabila Aku telah sempurnakan kejadiannya dan Aku tiupkan roh (ciptaan)Ku kepadanya; maka bersujudlah kepadaNya.

lalu, para malaikat bersujud kepadanya, kecuali iblis'

Siapa kita sebenarnya..?. sehingga Allah perintahkan malaikat untuk bersujud kepada kita?

Pelbagai persoalan timbul, mungkin dulu aku tahu,,, kita ni adalah manusia, yang Allah ciptakan untuk menjadi khalifah.. itu aku tahu.. aku percaya jika ditanya rata2 boleh menjawab sama seperti aku..
jujurnya, dulu aku tahu.. TAHU ok! masalahnya.. cuma sekadar tahu.. tapi takde penghayatan..
mungkin berbuih ustazah cakap. tapi.. tak sampai ke roh aku untuk sedar siapa aku sebenarnya...

akhirnya... alhamdulilllah.. betapa amazinggnyaaa ALLAH. SWT,  apabila mengingatkan siapa sebenarnya..

Allah izinkan aku untuk kenal kembali siapa aku..
Aku bersyukur kepadaMu ya Allah kerana mengizinkan aku untuk kenal siapa aku..
memberi kesedaran kepada ku bahawa Engkau sebenarnya tidak pernah lupakan aku..
terlalu banyak nikmat yang tidak dapat dihitung , dengan apa yang Engkau berikan,,

betapa kasihnya Engkau.. Tuhan Yang Maha Penyayang..

Ya Allah.. janganlah Engkau pesongkan hatiku ini, setelah Engkau berikan hidayahMu kepadaku..
Izinkan aku untuk terus berjuang untuk Islam agamaMu yang murni ini..

Ya Allah..
Alhamdulillah.. Maafkan aku Ya Allah.. jadikanlah aku hambamu yang ikhlas, yang redha, yang pasrah.. sepertimana aku selalu bertutur denganMu.. bahawa

Aku ikhlas
Aku redha
Aku pasrah
Islam sebagai agamaku..
menjadi hambaMu..

Engkaulah Ya Allah.. KEkasihku YANG TERAGUNG!
PUJI DAN SYUKUR KEPADAMU YA RABB! <3
[ Read More ]

Hebatnye berfikir positif



Pengubat jiwa, orang selalu beranggapan ooo.. budak kaunseling, mesti tak de masalah, mesti selalu gembira.

no, not true, student kaunseling pun manusia biasa, mungkin cara kita berbeza, sebab kalau kita ada masalah, kami akan mendengar masalah orang..

aku? bila diri sendiri yg ada masalah, tak tahu nak cerita dengan orang, benar, perkongsian masalah dengan orang  boleh melegakan. memang benar, tapi aku, sendiri lebih selesa utk berkongsi dengan mak, maybe kerana kepercayaan.

tapi, sekarang aku suka buat macam ni..
sebab aku percaya masalah itu akan dapat diatasi dengan berfikiran positif. But how? aku selalu cuba utk berfikir positif, namun ternyata susah jugak! tapi, memang dahsyat impak berfikiran positif. Percayalah dengan perfikiran positif jalur lebar ilahi kita akan terbuka.

why? 
Tapi sebelum tu, aku selalu fikir.. kenapa susah utk berfikir positif... hasil dapatan dari pemerhatian org sekeliling, ( kaedah penyelidikan dalam kaunseling), termasuk diri aku sendiri, Puncanya ialah : berfikir negatif, bercakap perkara negatif, bergaul dengan orang yang negatif, so -  at the end,  jalur lebar ilahi tertutup dengan fikiran negatif, etc yg negatif.

Hakikatnya, lebih cantik kalau berkongsi dengan Allah, kerana Allah itu sami'un iaitu Maha Mendengar.

[ Read More ]

Hukum Alam

Assalamualaikum.

Saya percaya dalam hidup ni, pelbagai ragam manusia yang pernah readers jumpa bukan. Ada yang baik, ada yang penyayang, ada yang rajin, ada yang pemujuk, ada yang suka merajuk, ada yang sensitif,  macam-macam ada..

its ok kan.. kalau jumpa orang yang boleh masuk or ngam dengan kita.. tapi, macam mana kalau dengan tak ngam? 

aduh, boleh sakit jiwa lagi2 kalau hari2 nak berdepan dengan kawan macam ni..

aha!

ok, kalau ada kawan macam ni.. memang benar kita akan rasa penat! 

tapi.. apa kata lupakan semua perkara negatif tentang diri dia.. dan katakan pada diri anda, jangan sampai dia mempengaruhi diri  anda..

iye.. like attracts like.. bila mana kita sayang orang, secara tak langsung, kita akan membuatkan dirinya juga sayang pada kita..tak percaya? inilah yang dikatakan hukum alam.. 

sama juga.. dislike attracts dislike.. bermakna, kalau kita membenci orang, secara tak langsung orang berkenaan akan rasa benda yang sama, perkara negatif

contoh : eh.. dia tak suka aku.. or dia ni kenapa, asal jumpa aku je.. mesti bermasam muka.. time aku senyum je.. mesti dia tak balas...padahal aku tak de buat salah apa2 pun.. lantakla dia.. 

so readers rasa apa kalau 'aku' di atas adalah readers?

agak-agak bila terserempak lagi dengan kawan readers yang macam di atas, readers nak senyum lagi ke? 

saya rasa tak, sebab apa? first, disebabkan ego.. maybe kita akan fikir.. dah cukup 3 kali aku senyum kau tak balas, kali keempat jumpa kau.. aku tak nak tengok muka kau lagi...

see... ?

inilah hukum alam. ni sekadar contoh yang simple.. perkara ini benar-benar berlaku..

hakikatnya.. 

teruslah melalukan perkara baik.. mana tahu kali keempat dia akan senyum.. that's why, orang yang menemui kebenaran tidak akan kecewa... kerana... apa yang dilakukan adalah kerana Allah swt. dan apa yang saya nak pesankan.. manusia ini kerapkali menilai melalui perbuatan, tapi Allah swt menilai melalui hati hamba-Nya..

Jom sayang sahabat kita, biar apapun reaksinya kepada kita, teruskan bermanis muka dan sayang pada dia.. kita tak rugi apa pun kan.. 

Tiada orang yang sempurna di dunia ini, apatah lagi kita ni manusia biasa kan... tak perlu  mengharapkan kesempurnaan dari orang lain, kerana hanya Dia sahaja yang Maha Sempurna. Jadikan kelebihannya dirai, kekurangannya diredhai. 

Salam kasih sayang, 
selamat berbuka kpd yang berpuasa sunat hari ni..



[ Read More ]

Bergantung PadaNya

Ada sesuatu yang menggelikan hati.. melihat reaksi mereka..

Betullah kata orang hidup ini perlu dinikmati.. tapi ada caranya.. aku percaya ramai orang menikmati hidup ini dengan perkara-perkara yang diminati...

kadang-kadang kehidupan sebagai seorang mahasiswa/remaja/pelajar/ anak ini besar tanggungjawab dan pancarobanya.. 

iye betul... bermula dengan zaman remaja, adalah satu zaman yang sangat kritikal dan di sinilah terdapat pelbagai insiden yang perlu ditempuhi.. kan.. bermula dengan pilihan kenalan, scanning itu perlu sebelum memilih kawan utk dijadikan sebagai ikutan.   Sebab apa kan.. menurut kajian rakan sebaya adalah orang kedua yang rapat selepas ibu bapa, segala masalah dikongsi bersama.Tapi, ini tidak bermakna kita perlu menjauhkan diri dengan orang yang tidak berapa 'comel' akhlaknya.. Jadi di sinilah peranan kita untuk mendekati golongan ini untuk bersama-sama mengajak mereka ke arah kebaikan.. kata orang .. amar makruf nahi mungkar... mesti tak nak masuk syurga sorang-sorang kan.. 

"Kamu (umat islam) adalah umat terBaik yang diLahirkn untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kpd Allah." [2:110]. "Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar." [8:28]


Namun, tak kurang juga... perkara yang paling penting adalah hubungan dan pergantungan kita kepada Allah swt. Aku sendiri pernah tertanya-tanya sejauh mana kebergantungan aku kepada Allah.. 

Sebab... pernah satu ketika, aku tidak bersama team bulatan gembira untuk satu masa yang agak lama. Cuti kan.. semua orang kat kampung, tapi aku di taska.  Jiwa ini perlu diisi agar ia tidak menjadi gersang. Kerana waktu itu rindu sangat kepadaNya. 

Mungkin semasa di kampus, keterlibatan dengan usrah dan pengisian yang ada akan membuatkan jiwa yang gersang ini sentiasa terisi. Tapi, bagaimana pula bila satu hari nanti aku tidak lagi bersama dengan mereka. Percayalah!Aku tidak akan selama-lamanya akan menjadi seorang mahasiswi. Kehidupan perlu diteruskan bukan? walau mungkin ada hati yang tidak rela... masa itu tetap akan berlalu, dan mungkin setiap perkara hanya akan tinggal sebagai kenangan. Oh tidak!mungkin hati akan menjerit. aku harap sangat perkara ini akan berterusan walaupun mungkin satu hari nanti aku akan mempunyai kehidupan sendiri.

Ya.. memang benar, semasa berada di taska, aku ada menyuarakan.. sebenarnya, jiwa saya sakit, saya tidak dapat meneruskan hidup bila lihat saya dikelilingi oleh orang yang tidak sama fikrah dengan saya. Allahu rabbi ! Hajar... mengapa disalahkah persekitaran? maafkan hambaMu ya Allah.

Aku tidak selesa bila berada dalam kelompok itu.  Bukankah persekitaran adalah satu faktor yang mempengaruhi seseorang ? sama seperti aku.. Cuma pada tika itu, jiwa yang besar. I'm strong itu perlu hadir. Jiwa aku tak cukup besar.

Di sinilah pergantungan kita kepada Allah dapat kita uji.. Sebenarnya sejauh mana pergantungan kita kepada Allah.. jika diri ini masih lagi mengharap kehadiran mereka di sisi.. mungkin aku boleh katakan pergantungan kepada Allah itu masih kurang.. Mungkin perkara ini perlu diterapkan dalam bulatan gembira. 

Berpijak di bumi yang nyata itu perlu. Aku sedar, tak selamanya kita akan bersama,beruntunglah diri kamu jika dapat pasangan yang sama fikrah, ramai yang cakap begitu. Aku mengiyakan.. Benar! Mungkin kita tidak akan selama-lamanya bersama, tapi Allah sentiasa bersama dengan kita, setiap masa. Tidak pernah sedetik Allah melupakan kita. Benar bukan.. 

Jadi... mari bersama kita, letakkan sepenuhnya pergantungan kita kepada Allah.. Yakin dengan-Nya.. dulu aku tertanya-tanya.. bagaimana aku nak meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada Allah.. hari ini, jawapannya.. ialah Keyakinan kepada-Nya... iman itu sendiri adalah Yakin dengan sepenuh hati.. Yakinlah dengan sepenuh hati tanpa ragu-ragu, baik dari segi rezeki, jodoh, malah segala-galanya...  Bukan lagi bergantung kepada manusia. 

Selangkah kita berjalan ke arah-Nya, seribu langkah Allah 'berlari' mendapatkan kita. 





[ Read More ]
Friday, June 7, 2013

The Lost of Tribe - Part 2

Salasilah keturunan Imam Mahadi yang diketahui setakat ini adalah gabungan dua garis keturunan.Disebelah ayah adalah dari jurai Rasullullah s.a.w hinggalah ke Nabi Ismail dan Siti Hajar.Di sebelah ibu adalah dari jurai yang sama dengan Nabi Isa a.s,Nabi Sulaiman a.s,Nabi Daud a.s hinggalah bersaudara dengan Nabi Yusof a.s sampai ke Nabi Yaakub a.s,Nabi Ishak dan Siti Sarah.Kombinasi Keturunan yang terbaik.

Retakan bahagian atas pada kunci rahsia:

Jurai Yahudi dari keturunan Yusof a.s-Manessah (kaum yang mengikut ajaran Ibrahim dan Musa),'The Lost Tribe' yang lari (Melayu juga bermaksud lari,pindah,hijrah dalam dialek satu sukukaum di Indonesia) bukan di Amerika seperti penipuan Mormon-Yahudi (menyelindungkan niat sebenar mereka) tetapi di Bumi Mala.INI BUKAN UNTUK MENGATAKAN MELAYU ITU YAHUDI TETAPI MELAYU ADALAH BANGSA BESAR YANG ADA SEJARAH DENGAN BANGSA YAHUDI.

Retakan bahagian bawah,pemegang kunci rahsia:

Ahli Bait yang lari dari pemerintahan kejam Umayyah dan Abbasiah,setelah kematian Hassan Al Askari r.a yang diracun, Ahli Bait keturunan Rasullullah s.a.w telah hilang, atau menyembunyikan identiti,kadang-kadang berselindung pada nama Syed dan Syarifah (namun kini semakin ramai orang Melayu memakai gelaran ini sehingga ia menjadi tidak ekskusif lagi kepada keturunan Rasullullah s.a.w).


TELAH LENGKAP RAMALAN DAN PERKIRAAN.HARI YANG DIJANJIKAN HAMPIR TIBA.

Catatan Yunani, Portugis, Belanda, Sepanyol, Jepun dan China menunjukkan tamadun Melayu hebat dengan teknologi perkapalan dan persenjataan mengatasi bangsa-bangsa lain pada zaman abad ke-2 M hingga abad ke-16 M. Sebenarnya dalam zaman Portugis itu memang tercatat dalam tulisan Portugis yang menyatakan tukang-tukang Melayu dalam membuat kapal yang dibawa ke negaranya untuk dipelajari teknologi perkapalan itu. 

Cerita kehebatan Melayu dalam pelayaran terbukti dengan kisah rakaman Sepanyol terhadap seorang ahli pelayaran Melayu yang digelarnya ‘Si Henry Hitam’ (Henry The Black/Enrique) yang dijadikan pembantu penting Magellan mengelilingi dunia.’ ]- dipetik dari blog Mistisfile

Persoalan tentang siapa dan bangsa mana yang mempunyai teknologi membina piramid dan negarakota..eloklah sekali lagi kita membaca artikel yang berguna dari M.O ini.

M.O memulakan kod rahsia misteri bangsa ini dengan nama seorang wanita iaitu Keturah!

Siapakah keturah ini?

M.O menulis begini…….

[ “Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual.Dari sini kita dapat menyelusuri susurgalur bangsa Melayu sebagai bangsa spiritual.Tidak diketahui siapakah ibu bapa Keturah.Tetapi terdapat sumber yang mengatakan kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang memerintah Akkadia. 

Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari Raja Mesir dari bangsa misteri yang memerintah Sungai Nil ketika itu. Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.Anda boleh tonton filem 1000000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.

Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit,dan mengarah tepat ke arah kiblat.Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid?Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. 

Piramid Mesir adalah penunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah penunjuk arah ke Baitul Makmur di langit.Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.Tidak percaya?.

Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara.Setiap rumah ada sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi.Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia.TIDAK...TIDAK SAMA SEKALI.

Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia,haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih.Di sini kita dapat mengetahui bahawa profesion Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang?FIKIRKAN.



100 orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera nabi Nuh teramatlah sedikit.Malahan pula para pengikut nabi Nuh terdiri dari orang miskin yang lemah dan melarat sahaja.Nabi Nuh juga membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja).

Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada pengkaji Barat mengatakan Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing.Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya.Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju. 

Masih tidak percaya?.Kalau kita lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat melihat logik atau tidak kenyataan ini.Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi.Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup.Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa?Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun),maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar. 

Maka jika berfikir seperti ini,kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO.Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa. TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNA APABILA TIBA BALA BENCANA?Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan” ] - dipetik dari Blog Mistisfile.

Mari kita jejaki lagi bangsa misteri ini di nusantara! Jika candi Prambanan dikaitkan dengan agama hindu,maka candi Borobudur pula dikaitkan dengan agama budha!kenapa ukiran keris juga diabadikan di dinding candi tersebut?Siapakah bangsa yang memahat batu-batu dinding candi itu dengan kod-kod rahsia untuk dibaca oleh generasi selepas mereka?sudah tentu mereka bercerita tentang kehidupan mereka dan sudah tentu keris juga adalah sebahagian dari hidup mereka!

Apa yang berlaku 20,000 tahun lampau? Apakah jenis peradaban yang ada ketika itu?

Alangkah terkejutnya kita bila kita mengetahui mereka sudahpun mencapai tahap ketamadunan hidup yang tinggi! Sila klik siniuntuk membaca seterusnya.

Baiklah...jika semua kod rahsia dan semua rahsia besar telah anda ketahui... maka, saya ingin mengajak anda pula untuk berfikir sedikit mengapa pula agaknya Gereja Besar berbentuk kapal Nabi Nuh itu telah didirikan di atas Bukit Jalil dan apakah tujuan utama pembinaannya?
Selamat membaca dan selamat berfikir!
Sekian....

Wassalam.


[ Read More ]

The Lost of Tribe- Part 1


Bangsa Melayu: Bangsa Misteri?

[“Sebenarnya bangsa Melayu telah hidup di The Land of The East begitu lama. Mahukah Orang Asli berpisah dengan adik beradik mereka yang menjaga mereka sejak beribu tahun ini?Orang Melayu dan Orang Asli adalah dari rumpun yang sama,istilahnya Malayo-Polynesian.Malah kaum-kaum pribumi di Kepulauan Pasifik,Hawaii atau kaum Maori sekalipun mengaku nenek moyang mereka adalah berasal dari para pelaut Melayu yang gigih berlayar.

Bahasa orang Melayu dan Orang Asli juga dikelompok dalam bahasa yang sama iaitu Austronesian.Mengapa orang-orang asing yang buta sejarah dan antropologi ini masih berdegil mahu memisahkan adik-beradik di Bumi Mala ini??MELAYU ADALAH SATU BANGSA YANG BESAR.Di dalamnya terdapat beratus-ratus etnik dan bahasa.

Bangsa Melayu sebenarnya antara bangsa asas dan bangsa utama sebelum dan selepas peristiwa Banjir Besar.Mengapa para pengembara Eropah memanggil gugusan kepulauan di garisan Khatulistiwa ini yang jumlahnya beratus-ratus dengan Malay Archipelago yang mengandungi lapan buah laut termasuk Sulu dan Celebes,merupakan SISTEM KEPULAUAN TERBESAR DI DUNIA serta menganjur dari kira-kira 20° utara garis lintang ke kira-kira 10° selatan garis lintang. Ia terdiri daripada New Guinea,pulau kedua terbesar di dunia;pulau-pulau Filipina;Kepulauan Sunda,yang mana termasuk 

Sumatera,Jawa,Sulawesi,Borneo,Bali,dan Timor; the Moluccas (Maluku);dan beratus-ratus lagi pulau-pulau kecil.New Guinea, Borneo, and Sumatera adalah tiga daripada 6 pulau terbesar dunia dan Jawa adalah pulau yang paling padat penduduknya di dunia.

Kawasan yang dinamakan Malay Archipelago ini berkeluasan 2.8 juta meter persegi (kira-kira 1.1 juta batu persegi)!!!



Sistem pulau terbesar di dunia diabadikan dengan nama bangsa misteri ini dan ini menunjukkan hubungan bangsa ini dengan laut adalah amat rapat.Tidak hairanlah King Solomon (Nabi Sulaiman a.s) mengimport emas dari sini dan para Firaun mengimport rempah ratus dan kapur barus dari Nusantara beribu tahun dahulu. 

Adakah bangsa yang terkenal dengan laut,kapal-kapal,perdagangan dan pulau-pulau masih difikirkan tinggal di ceruk-ceruk hutan menganyam atap rumbia atau melukis gambar monyet di dinding-dinding gua? Juga,mengapa orang-orang Eropah ini menggelar tanah semenanjung yang menganjur dari Thailand dan Myanmar hingga ke Selat Teberau ini MALAY PENINSULAR setaraf dengan Italian Peninsular? THE LAND OF THE EAST ADALAH BUMI ORANG-ORANG MELAYU dan ini tidak boleh disangkal langsung oleh orang-orang Barat.Mengapa?

Mengapa sejarah lain orang-orang Melayu seperti kerajaan-kerajaan purba,pencapaian Melayu dalam perdagangan,kemahiran Melayu membina kota-kota dan istana batu yang hebat-hebat dapat dipadamkan dengan jayanya?Tetapi bab nama kepulauan dan semenanjung,orang-orang Barat tidak mampu menulis satu peta pun atau satu manuskrip sejarah pun untuk menamakan semenanjung Tanah Melayu ini sebagai 'Thai Peninsular' atau 'Indochina Peninsular' atau 'Polynesian Peninsular'. Mengapa orang-orang Barat ini tidak menamakan Malay Archipelago ini dengan Austronesian Archipelago atau Polynesian Archipelago atau misalnya West Pasific Archipelago? Mengapa?

INI KERANA NAMA DI MANA ORANG-ORANG MELAYU TINGGAL INI (HOMELAND) TELAH TERCATAT SEJAK BERIBU TAHUN DAHULU DARI MANUSKRIP-MANUSKRIP MESIR PURBA, KERAJAAN JUDEA (YAHUDI),ASSYRIA,BABILON,ARAB,PARSI SERTA CATATAN-CATATAN PARA PENGEMBARA EROPAH,sebahagiannya tersimpan di Perpustakaan Nineveh yang musnah pada tahun 612 sebelum Masihi,juga di Perpustakaan Iskandariah yang masyhur itu,Perpustakaan Baghdad,Arkib purba Maharaja China dan arkib-arkib seluruh dunia termasuk simpanan raja-raja Perancis,Sweden,Belanda,Inggeris,Vatikan dan juga terdapat di Perpustakaan kota Ayutthaya yang musnah semasa serangan Burma pada tahun 1767.
Kita sudah tentu pernah mendengar kisah kapal The Fame yang membawa khazanah persuratan Melayu yang tidak ternilai harganya,dikatakan terbakar dan tenggelam di tengah perjalanan.Padahal segala khazanah persuratan Melayu bertebaran di seluruh muzium-muzium dan universiti-universiti Eropah dan para pengkaji sejarah tempatan menganggarkan segala khazanah ini mencakupi beratus-ratus hingga beribu-ribu manuskrip,tidak termasuk khazanah Melayu dari Indonesia yang dicuri oleh Belanda. Soalannya, Mengapakah Inggeris tidak membakar atau memusnahkan terus segala khazanah Melayu itu?

Pernahkah anda melihat tulisan paling tua Melayu,yang digunakan oleh para sasterawan Melayu purba beratus malah mungkin beribu tahun lama sebelum tulisan Jawi?Tulisan ini hanya dipanggil Aksara yang di dalam dunia ini tidak sampai 10 orang yang dapat memahaminya.DAN YANG MEMERANJATKAN TIDAK ADA SEORANG MELAYU PUN YANG FAHAM TULISAN INI!Pakar-pakar tulisan purba Aksara Melayu adalah dari kalangan orang Inggeris,Belanda dan Rusia.Mengapa terjadi perkara yang aneh dan menyedihkan ini?”]

- dipetik dari Blog Mistisfile.
Merekalah bangsa misteri pengembara yang hebat!Sepanjang sejarah perjalanan mereka yang panjang dan berliku,mereka meninggalkan kod-kod rahsia sejarah untuk dibaca oleh bangsa mereka nanti.Mereka juga membina tamadun dunia dengan ketinggian ilmu yang luar biasa!

Rehatkan minda kita seketika,Sila saksikan usaha-usaha pihak barat untuk mencungkil segala rahsia yang terpendam sekian lama berkaitan bangsa misteri dan segala ketamadunan yang mereka tinggalkan.

Apakah rahsia terpendam sekian lama yang dicari oleh bangsa misteri ini???
Untuk mengetahui rahsianya….baca sekali lagi kod-kod rahsia bangsa yang sengaja di tinggalkan oleh M.O dalam artikel-artikelnya untuk kita jejaki dan cantumkan semula di sini menjadi satu gambar besar untuk diteliti dan direnungi

Tulis M.O seperti berikut :



[“Rahsia yang terpendam beribu tahun tentang satu bangsa pengembara yang mencari 'Tanah yang Dijanjikan' semakin lama semakin terbongkar dengan penemuan pelbagai artifak yang penuh misteri dan mengundang pertanyaan seperti penemuan keris di sebuah kuil purba di Okinawa Jepun,kendi purba yang sama di Vietnam,Kemboja dan Pahang,penemuan kota purba yang dinamakan Jawi/Jawa di Jordan dan juga penemuan keris purba di Rusia selain gendang Dong Son dan Kapak Tua Asia Tengah yang popular itu.

APA MAKSUD KEPADA SEMUA MISTERI INI? Ketika Ptolemy,seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas.Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir. 

Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet,kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam?Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid,bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi,gendang dan seramik purba.

ADAKAH SEJARAH YANG KITA BACA SELAMA INI BETUL-BETUL TEPAT?
Bangsa yang hilang itu adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet;bergerak ke arah timur ke satu destinasi yang tidak diketahui.Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini.Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang.Juga Bumi Mala... 
Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka.MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR, LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. 

Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi. Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi,sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin. 

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi.Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).
'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum satanik-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof,ajaran wahyu dari kitab Taurat.Pada istilah hari ini,mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.

Di mana mereka?Jika semua jigsaw puzzle dicantumkan,maka ia akan jadi begini: 

TERDAPAT MELAYU YANG BERASAL DARI HYBRID PUAK MANESSAH DARI KETURUNAN YAAKUB DAN ISHAK DARI SITI SARAH DAN KETURUNAN KETURAH. 

Kombinasi hebat dan terbaik.Darah Siti Sarah dan Siti Keturah bertemu di sini.Mungkin bukan kesemuanya tetapi 'The Lost Tribe' telah hilang di Bumi Mala. Perkahwinan? Mungkin. Jika berpandu pada petunjuk ini,'The Lost Tribe' Manessah berkemungkinan besar telah terserap ke dalam bangsa misteri di Timur Jauh ini.Bersembunyi dan hilang begitu saja.


continue.. part 2


[ Read More ]

Asal usul Melayu, benarkah?



Bangsa Melayu menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah, berasal dari isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. yang bernama Siti Qanturah. Namun lebih disebut dalam sejarah atau bahasa lama, Keturah yang bererti harum, wangi baik budi pekerti. Jika Bani Israil adalah dari Nabi Ishaq, dan bangsa Arab adalah dari Nabi Ismail, bangsa melayu adalah dari Siti Qanturah atau lebih dikenali sebagai Bani JAWI. Disebut di dalam kitab Ibnu Kathir, JAWI ini bererti yang meyakini Tuhan yang Esa, dan erti lainnya ialah jauh. Jawi yang dikatakan jauh itu berasal dari kalimah arab yang bermakna, 'angin' (jawwu). Ini merujuk kepada betapa jauhnya kedudukan mereka dengan bani Israel dan bangsa arab di sekitar Timur Tengah ini.

Bangsa melayu, juga dikenali sebagai Jawi (yang kemudian bertukar/terkenal dengan jawa) adalah bangsa yang disimpan. Bagi yahudi, mereka lebih kenali sebagai bangsa yang hilang. 'Hilang' kerana 'saudara' mereka dari ibu ke tiga ini tidak dapat dihubungi, tidak tahu di mana berada. 'Hilang' juga kerana mereka mahu menyembunyikan bahawa saudara mereka ini akan menerajui empayar dan menguasai bumi atas nama Islam.

Jadi, apa kaitan Jawi, bangsa yang hilang, bangsa yang disimpan, bangsa dari timur, yang berhidung peset ini dengan kebangkitan Islam ke dua ini? Sebenarnya, bangsa ini adalah bangsa yang disebut di dalam hadis Nabi s.a.w.,

“Satu kaum dari Timur (Pemuda Bani Tamim dan ikhwan) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada Al-Mahdi.”

Menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, kaum dari timur dan timur yang dimaksudkan ialah, bangsa melayu dari Tanah Melayu. Ini tidak menghairankan, kerana mereka memang dipersiapkan. Bukan sahaja mereka dari keturunan Jawi yang hilang itu, bahkan mereka adalah keturunan Ahlul Bait dan para sahabat.

Ini juga adalah doa Nabi Ibrahim kepada keturunannya yang tidak diberikan Nabi atau Rasul dikalangan mereka, namun cahaya Nabi dan Rasul ada bersama mereka.

“Ya Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari orang-orang yang bertakwa.”

Doa Nabi Ibrahim diperkenankan Tuhan, lalu baginda mengarahkan anak-anaknya dari Siti Qanturah ini tetaplah di timur. Baginda dikhabarkan bahawa walaupun tiada Nabi atau Rasul dikalangan mereka, Tuhan akan mengutuskan pemimpin yang bertaraf Nabi dan Rasul, yang membawa cahaya Nabi dan Rasul, namun dia bukanlah Nabi atau Rasul. Maka sesuailah dengan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim bahawa mereka bukanlah Nabi dan Rasul, namun tanggungjawab dan tugas Nabi dan Rasul itulah yang ditanggung mereka.




[ Read More ]
 
 

Recent Comments

Followers

Love Is Cinta, I'm Sorry, Please Forgive Me, I Love YOU, THANK YOU
Cuteki greetings

Counselor To Be

Assalamualaikum warahmatullahiwabaratuh.

Salam sejahtera.

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Esa, bersyukur kepada-Nya, kerana akhirnya blog 'Counselor To Be' telah berjaya ditubuhkan.

Tujuan penubuhan blog ini adalah untuk berkongsi ilmu tentang dunia kaunseling dan perjalanan hidup penulis dalam usaha untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Semoga penulisan yang dikongsikan dan tercoret di dalam blog ini akan memberi kebaikan buat diri penulis dan pembaca.Kepada bakal kaunselor, terutamanya sahabat-sahabat Batch Realiti, semoga kita akan menjadi kaunselor yang hebat satu hari nanti.A Journey Of Thousand Miles Start With A Single Step! Siti hajar Aliyais

Bicara kaunseling