#Post Title #Post Title #Post Title
Friday, August 3, 2012

Definisi Bimbingan



Perkataan bimbingan didefinisikan sebagai ‘proses membimbing seseorang individu. Menurut Shetzer & Stone (1971) : “ bimbingan sebagai proses menolong individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya’ (Ed Neukrug,1999).
Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.
Bimbingan ialah proses membantu individu membuat keputusan yang penting dalam hidupnya yang akan mempengaruhi kehidupannya (Gladding,2000)
[ Read More ]
Monday, June 4, 2012

Mencari Redha Allah


Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah, Tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah, dipuji dan dicintai.Aku berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan dan tipu daya syaitan. Dari segala dosa dan noda yang telah aku lakukan.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad adalah pesuruh Allah. 

"Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang hidup hanya untuk meraih redhaMu. Jadikan aku mencintai sesuatu agar Kau redha kepadaku. Janganlah letakkan cinta lain dihatiku melebihi redhaMu. Bantulah hambaMu ini untuk membina cinta yang mendambakan redhaMu. Kasihanilah aku, Ya Allah. Jagalah diriku dan sediakan aku untuk menerima apa sahaja takdir dan keputusan."


Keredhaan Allah atau mardhotillah adalah impian setiap orang yang beriman. Setiap tindakan yang dilakukan niatnya  kerana Allah dan mendapat redha Allah itu adalah ganjaran yang terbesar.. Redha Allah di atas redha ibu bapa. Mak ayah redhailah saya..  insy

Tahukah redha??

Redha Allah itu ada pada Nabi Ayub as dan Rabiatul Adawiyah..

Nabi Ayub diuji dengan sakit yang menyebabkan kulitnya pecah-pecah dan bernanah sehingga keluarnya ulat-ulat dari kulit baginda. Semasa solat, baginda akan buangkan ulat-ulat. dan sampai satu ketika baginda akan mengutip semula ulat-ulat itu dan kembalikan ke kulitnya.

Apabila ditanya, mengapa baginda berbuat begitu.

'Sesungguhnya, aku redha dengan ujian yang Allah swt. berikan kepadaku.

Rabiatul Adawaiyah, wanita yang tidak berkahwin sehingga ajal menjemputnya kerana kasih dan cintanya hanya untuk Allah. Siang dan malam dia beribadah tanpa mengenal lelah dan jerih, hanya dibuai perasaan cinta semata-mata. 



Rabiatul Adawiyah sanggup masuk ke neraka andai itulah harga untuk meraih redha Allah. 

Hebatnya cinta Nabi Ayub As dan Rabiatul Adawiyah kepadaMu. 

Ya ALLAH..
Aku ikhlas, 
Aku redha,
Aku pasrah.

1-1-3, Khar




[ Read More ]
Tuesday, May 15, 2012

CIk Siti.... geli dengan Cik Lie..

Assalamualaikum readers! yang disayangi.. how are you there? Sesungguhnya Allah swt itu adalah pemilik atas segala-galanya.. Dialah pemilik jiwa dan apa yg berlaku adalah dengan izin-Nya.. itu pendekatan yg saya akan guna.. bila mana saat. jiwa gulana, hepy , etc.. pokoknya.. Apa yg berlaku atas keizinanNYA - cey.. herm.. im not good in bermadah berpuisi.. actually, jari pada pagi ni .. rasa gatal.. nak mengetuk dan menari2 di keyboard.. 

jump up to the title ### Kenapa CIk Siti.... geli dengan Cik Lie..

terutama sekali.. siapakah ini cik Siti.. lets me introduce her..

Cik Siti adalah seorang seorang wanita yang ekstrovert. Bercirikan seorang ektrovert secara automatically, kita akan berfikir dia seorang yang berani! benar!. memang dia seorang yang berani.. but then... dia sangat geli or takut dengan CiK Lie.. kata Cik Siti.. Cik Lie ni menggelikan dan menakutkan.. Cik Lie akan menyebabkan Cik Siti bernafas dgn laju.. terasa sesak nafas.. bukan bermakna Cik Siti mmpunyai astma or something like that.. tpi tak dinafikan CIk Siti mmpunyai rakan alah dgn Cik Lie dan bau CIk Lie yg kurang menyenangkan akan menyebabkan kwn Cik Siti astma.

mengapa? Bukankah Cik Lie pun ciptaan Allah.. tak seharusnya Cik Siti beranggapan sedemikan kepada makhluk ALLAH..

Ye.. memang benar.. mari kita  lihat  dan fahami jiwanya mengapa Cik Siti sangat kurang berkenan dengan Cik Lie...

# Cik Siti sedang
[ Read More ]
Saturday, April 28, 2012

Baitul Muslimku


Bila bercakap soal cinta, aku mesti selangkah ke belakang, aku dulu yang 'up to date' dengan (satu masa dulu) rasa sangat kolot  bila berbicara soal cinta..

Tiada jaminan untuk itu, hanya jaminan daripada-Nya. Aku akui pendirian aku pada masa kini, agak jauh ketinggalan ke belakang. Aku percaya ramai muslimah di luar sana yang memegang prinsip yang sama seperti aku percaya  'bercinta selepas nikah'.

Mustahil untuk aku menafikan perasaan ini, yang aku tiada keinginan untuk dicintai dan mencintai, tapi biarlah ianya berada di landasan yang betul. Sudah lumrah penciptaan manusia, mempunyai rasa. Kita bukan malaikat.

 "Dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang"
[30:21]

Apabila hati sudah berkenan atau sudah dirisik orang, mestila kita perlu mengenali karakter atau personaliti. Sebab itu Rasulullah s.a.w menyuruh kita bertaaruf. Dalam bertaaruf pun mesti ada caranya, Islam itu indah.

Baru-baru ini, aku call ibu, lepas habis program luar kampus. Ibu memang risau sebab tak dapat sebarang berita daripada aku, memandangkan hp perlu diserahkan kepada pihak penganjur. Bila Hp diserahkan kembali, aku call ibu.

Ibu risau ke?
ye.. mestila risau.

-- kena marah, -- nangis aku

kan, alang dah cakap.. jangan risau..

angah dah kawin.. ibu tak risau, sebab abg syed jaga angah.. alang duk jauh, jauh dari mata ibu.. ibu tak nampak...

ibu yang selalu care tentang aku.

Itulah, ibuku.. mula-mula ibu minta aku cari pasangan hidup, lepas tu ibu suruh aku kawin.
Bukan aku ingin menolak cinta, tapi aku percaya ia akan hadir pada waktunya yang Allah s.w.t takdirkan dalam hidupku.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"
[2:216]


Pemilik baju Melayu biru
[ Read More ]
Thursday, April 26, 2012

Kerana AWAK


YA ALLAH
 SAYA TAKUT AWAK...
SAYA TAKUT SANGAT
SAYA TAKUT NAK JUMPA AWAK..
YA SEBAB SAYA BELUM BERSEDIA

AWAK 
AWAK NAK TAHU TAK SEBELUM SAYA NAK JUMPA AWAK
BANYAK BENDA SAYA NAK KENA ‘COVER’
YA...
SEBAB ILMU SAYA TAK CUKUP LAGI  AWAK

AWAK...
SAYA TAHU TAKKAN LARI GUNUNG DIKEJAR
AWAK TAKKAN KE MANA-MANA
KERANA ALLAH TELAH TETAPKAN KITA AKAN BERSUA JUA
DAN MASANYA MAKIN HAMPIR AWAK
TAPI SAYA MASIH BELUM BERSEDIA

AWAK..
SAYA TAKUT SANGAT-SANGAT..
AWAK..
 AWAK TAHU TAK KERANA AWAK.
SAYA SANGGUP TAK TIDUR..
SAYA MENELAAH BUKU SIANG DAN MALAM
SIANG MALAM SAYA FIKIR AWAK JA
HATI SAYA BERDEBAR-DEBAR..
SEMUA KERANA AWAK..

YA AWAK ..
SETIAP KALI  SAYA NAK JUPA AWAK
SAYA MESTI AKAN MENGALAMI PERKARA YANG SAMA
KALI INI KALI KEDUA SAYA NAK JUPA AWAK SEJAK SAYA DI BUMI INI
SAYA BERDOA AGAR URUSAN SAYA DIPERMUDAHKAN 
 TIKA SAYA BERJUMPA DENGAN AWAK NANTI

SAYA TAHU AWAK
INSAN YANG BERSEDIA DAN BERSEDIA BERJUMPA DENGAN AWAK
ANGGAP ITU SEPERTI BERBULAN MADU
KAN BAGUS JIKA SAYA PUN SEPERTI MEREKA..

AWAK...

SAYA TAKUT AWAK...
JIKA SAYA TAK PERSIAPKAN DIRI SAYA
SAYA TAK NAK KECEWA BILA SAYA DAPAT 'FEEDBACK' DARI AWAK NANTI..
SAYA NAK GEMBIRAKAN SEMUA ORANG..
JIKA SAYA SENANG JUMPA AWAK NANTI ..
MAK DAN AYAH MESTI SUKA 

ALHAMDULILLAH..
MAK DAN AYAH SAYA SENTIASA MENDOAKAN YANG TERBAIK TIAP KALI SAYA NAK BERJUMPA DENGAN AWAK..
SETIAP LANGKAH SAYA DIIRINGI DOA MEREKA SEMASA SAYA NAK JUMPA AWAK..
DAN SAYA BERSYUKUR AWAK..
TIKA SAYA NAK MENGHADAPI AWAK..
SAYA TAKKAN PERNAH MELUPAKAN KEPADA-NYA
TERIMA KASIH...
 SAYA AKAN BERJUMPA DENGAN AWAK.
DIA SENTIASA MEMBERI KETENANGAN KEPADA SAYA .
DIA PUN REDHA ATAS APA YANG SAYA LAKUKAN INI..
KERANA AWAK..
SAYA MENUJU KE JALAN-NYA..
SAYA SEDANG BERJIHAD..
SAYA MEMILIH
MENANG ATAU SHAHID...

YA ALLAH... PERMUDAHKANLAH URUSANKU UNTUK MENGHADAPI HARI ESOK..
PERMUDAHKANLAH AKU UNTUK MENJAWAB SEGALA YANG  DIPERSOALKAN
PERMUDAHKANLAH .. HANYA KEPADA-MU AKU BERGANTUNG DAN BERSERAH..

I TRY TO BE COOL... SEHINGGA ... SAYA JADI SEPERTI DI BAWAH 

SAYA JADI SEPERTI INI, SEBAB SAYA SEDAR USAHA SAYA SIKIT.. NASIB BAIK ALLAH MASIH SAYANGKAN SAYA... 

TAPI SAYA NAK CAPAI...KEJAYAAN


DAN SAYA SEDAR SAYA YANG MEMILIH...

            KE MANA JALAN SAYA? SYURGA @ NERAKA?

SEMUANYA BERMULA DARI SAYA

RAFA'KAN DOA KEPADA-NYA

SEMOGA USAHA YANG SAYA LAKUKAN SELAMA INI.. AKAN BEROLEH KEJAYAAN..!
KUATKAN SEMANGAT HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR..


P/S : PASAKKAN SEGALA KERANA ALLAH, BUKAN KERANA AWAK..BUKAN KERANA SAYA..SAYA SILAP AWAK..TAPI SAYA AKAN BUAT YANG TERBAIK KERANA MEREKA...MEREKA YANG SAYA SAYANG.. DAN LEBIH MANIS KERANA ALLAH TAALA..KADANG-KADANG SAYA TAKUT SAYA BERLAKU DUSTA ATAS KATA-KATA SAYA..SAYA AKAN DIPERSOALKAN ATAS SEGALA-SEGALANYA YANG SAYA LAKUKAN KELAK..
ITULAH UJIAN YANG PALING BESAR DALAM HIDUP SAYA SETELAH SAYA MENINGGAL KELAK..

DAN AWAK
SAYA HARAP SAYA BERSEDIA UNTUK BERJUMPA DENGAN AWAK SATU HARI NANTI..
PADA TIKA ITU.. JIKA SAYA TIDAK BERSEDIA.. SAYA ADALAH MANUSIA YANG PALING RUGI.. RUGI.. RUGI..

SAYA SANGGUP KERANA AWAK.. SAYA TIDAK TIDUR.
MEMBACA SURAT-SURAT CINTA YANG AWAK BERIKAN KEPADA SAYA...
KERANA AWAK...! KERANA AWAK! 
SAYA SANGAT MENCINTAI AWAK ..
KERANA AWAK TAK PERNAH MELUPAKAN SAYA..
APATAH LAGI MENGECEWAKAN SAYA..
TIKA SAYA KESEDIHAN, KERESAHAN..
AWAKLAH TEMPAT SAYA MENGADU..
AWAK JADIKANLAH SAYA HAMBA YANG SENTIASA BERSYUKUR ATAS NIKMAT YANG AWAK BERIKAN...


YA ALLAH.. 
YA TUHANKU..
DI KEHENINGAN MALAM..
TAFAKUR DIKESYAHDUAN..
MERINDUI JANJIMU TUHAN.
KU TITISKAN AIR MATA..
TAUBAT SEGALA DOSA..
MOGA TERANGKAT PENGHIJAB KALBU
ANTARA KAU DAN AKU...


Salam kasih sayang..
3-2-7 
28/04/2007 6.58pm..
Selamat berbuka..
 Qaseh Irsalena..



[ Read More ]
Sunday, January 1, 2012

Factitious Disorder



Assalamuaikunm readers yg dsayangi, jika tadi saay menulis tentang  Personaliti Disorder sekarang,  ingin berkongsi tentang Factitious Disorder? Factitious ? nak sebut pun susah, mau tergeliat lidah nak sebut.. terkekekek, sambil Cik Ah menyebutnya... herm...

okey! Actualli, factitious ni adalah individu yg  nak dapatkan perhatian... ya ! dengan cara..? banyak sebenarnya cara orang nak dapatkan perhatian, tp dalam Factitious Disorder ini, dia nak dapatkan perhatian dengan berpura-pura sakit... erm...?

teruk sangat ke ? sampai boleh dikatakan dia ni 'disorder'? yes... readers, mereka yg alami  disorder sebab  ianya telah mengganggu kefungsian hidup. Tapi kalau setakat berpura-pura sakit sebab xnak pergi kelas, tu bukanlah mengganggu kefungsian hidup. Tingat plak kepada sorang budak ni... nak tahu cerita tak? kalau nak ..? kenyit mata dua kali.. dan teruskan membaca.. ^^,

hehehe...

satu malam ni,,, sorang budak ni dah cakap, esok dia tak nak pergi sekolah sebab katanya esok pagi dia demam..

adik : mami... esok adik demam...

demam... mari dekat dengan mami, mami nak rasa panas ke tak?
sambil merengek.... buat muka sakit.. hehee
hehehee.. apola dik ni kan.. ermmm..

mami : takdela,..adik, sihat je.... adik pergi rest dulu, siapkan homework ...

masuk dalam bilik terus tido.. dan aircond terus dipasangkan... sejuk 16celcius.. sejuk sngt.. adik pun terus tido tanpa selimut dan menggigil kesejukan.. adik...

reader! surely, mmg keesokan harinya adik demam.. sebab tak nak pergi sekolah....
as a parent utk masa datang, insyaALLAH... dan yg sedang ada anak sekarang ni.. you must check anak2 sama ada mereka ni ada problem ke di sek, apa masalah mereka.. pergaulan mereka, kawan2 mereka.. mesti ada sebab kenapa berlaku cam ni...kan....

its ok... kaitan nye dengan cerita entry ni.. sbab tingat 'adik' nak berpura2 sakit, lastly memang sakit la..

kalau kes factittious disorder ni...camni plak cerita dia..

Factitious Disorder

seorang perempuan bernama , anita dikejarkan ke Slim River sebabnya, berdarah di mulut, sambil memegang perut dan meraung kesakitan yg amat sangat..!! berdarah badan dia.. dahsyat la!

kemudian, anita memberitahu bahwa seorg lelaki nak goda dia, kemudian lelaki itu ikat dia pada pokok, pukul dia dengan teruk, paksa dia serah duit, barang kemas, dalam keadaan kesakitan yg tak tertanggung...

kemudian, anita di'ward'kan....  dia diberikan suntikan heparin, setelah dicheck, kesakitan yg dialami bukanlah kesan2 kena pukul ke.. seperti yg dikatakan anita... , ianya hanyalah rekaan smata2- tak baik tau tipu doc, so jgn cuba nak tipu doktor k...

kemudian,. anita dapati, hospital di situ.. doktor dan staf buat tak endah pada dia.. so dia pun keluarlah daripada hospital tersebut...
anita pernah masuk ke hospital sblum ini, kes yg sama, kesakitan yg sama, dan cerita yg sama, simptom yg sama.. - anita benar2 memerlukan perhatian..


Factitious Disorder by Proxy

kes kedua sangat menyedihkan.. apa ni? by proxy... ye.. bezanya org yg alami disorder ini ia akan berperanan sebagai penjaga 'org sakit' dan secara tidak langsung dengan sengaja akan melakukan kesakitan kpd org yg dia jaga.

contoh kes.. 
seorang baby yg berumur 8 bulan, dimasukkan ke hospital lebih daripada 130 kali.. 40 kali menjalani pembedahan,Ya ALLAH kesiannya umur baru je 8 bulan kan... dah keluar masuk hospital..

doktor dan jururawat mendapati bayi ini akan bertambah teruk selepas dilawat oleh ibunya.

Selepas dijauhkan daripada ibunya, keadaan anaknya bertambah baik..

contoh video kes :



video kurang jelas,maaf ye reader!

so, kepada adik2 yang perlukan perhatian, sila dapatkan perhatian dgn cara yg baik ye..! xnak pura2 sakit, or pura2 baik nak concern pada org yg sakit..

semoga readers! sentiasa dalam rahmat ALLAH, semoga ALLAH menjauhkan kita drpd penyakit2 yg pelik2..

sayang readers kerana ALLAH.. ALLAH is CALLING ME.. ok, see you again, INSYAALLAH.. assalamualaikum...

[ Read More ]
Sunday, November 20, 2011

Bukan Senang nak jadi pendidik


Bidang kaunseling bukanlah satu profesion yang kuminati. Namun , sejak berada di bumi bersama dengan anak-anak kecil di cendekiawan.. aku membuat pilihan untuk berada dalam profesion ini. InsyaAllah ‘Counselor to be’ . Ternyata profesion ini tidaklah semudah yang ramai orang sangkakan. Most of my friends dari course yang berbeza mengatakan .. kaunseling senang.. ‘kamu hanya perlu bercakap sahaja..' namun, reality tidak semudah kata-kata…  yes! Definitely… because dengan kata-kata bisa mengubah sesuatu t/laku, emosi dan pemikiran. Ya ia mungkin akan berubah menjadi lebih baik atau boleh juga berubah menjadi lebih buruk.. Sangat berat tugas itu.. mampukah aku?

Realitinya sekarang.. anak-anak zaman sekarang sangat berbeza dengan zaman kecilku dulu. Mereka sangat moden. Semuanya hanya dihujung jari.. wah! Mereka sangat hebat! Mereka sangat cerdik! Mereka sangat celik! Mereka sangat bijak! Mereka serba tahu dalam semua hal! Namun masih ramai antara mereka kekurangan ilmu ketuhanan. Aku menulis menurut pengalamanku.. mereka sangat kasihan. Ternyata sangat berat tugas seorang pendidik. Mereka memerlukan pendidik yang bisa melembutkan jiwa, yang mendidik jiwa.. yang mengajar mereka akan erti kasih sayang sesama manusia, menghormati orang tua..dan sebagainya. Mereka sangat memerlukan kita sebagai pendidik untuk membentuk sahsiah, akhlak atau personaliti.

Namun , amat menakutkan diriku apabila melihat t.laku bakal pendidik. Bisakah pendidik mendidik? Andai diri ini masih banyak kelopongan yang sangat memerlukan bantuan..  sangat menakutkan melihat apa yang akan terjadi kepada anak-anak kita kelak jika diri kita sendiri tidak betul ,umpama ketam mengajar anak berjalan.. ilmu  sangat penting..!
Sayangilah anak didik kita,didiklah ia dengan baik.Jika betul didikannya, maka insyaAllah akan baiklah ia kelak. Namun lama kelamaan, minat atau tidak berada dalam profesion ini tidak menjadi persoalan, aku hanya ingin melakukan sesuatu yang bisa aku sumbangkan untuk kebaikan ummah yang aku sayangi.. Semoga aku bisa melakukan sesuatu untuk kebaikan mereka semua..
Buat anak-anak didikku di c.e, walau masa bersama kalian sudah berlalu, namun aku tidak berhenti berdoa agar kalian menjadi insan yang cemerlang duniawi dan di akhirat kelak. Semoga anak-anak menjadi insan yang soleh dan solehah, membangunkan ummah!.. Sayang! Tuntutlah ilmu, kerana ia pasti akan memberi kebaikan kepada dirimu kelak! J


Solat Zohor berjemaah- imam Syed Ahmad haiqal


                                            Addin dan rakan-rakan kelas.. rajin-rajin tau!


Akif, kawan baik2..


Salam kasih sayang,
bakal pendidik.. InsyaAllah.. 

p/s : peringatan buat diriku yang selalu terlupa, 
       mendidik itu adalah tugasmu, maka ia adalah amanah buat dirimu.
[ Read More ]
 
 

Recent Comments

Followers

Love Is Cinta, I'm Sorry, Please Forgive Me, I Love YOU, THANK YOU
Cuteki greetings

Counselor To Be

Assalamualaikum warahmatullahiwabaratuh.

Salam sejahtera.

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Esa, bersyukur kepada-Nya, kerana akhirnya blog 'Counselor To Be' telah berjaya ditubuhkan.

Tujuan penubuhan blog ini adalah untuk berkongsi ilmu tentang dunia kaunseling dan perjalanan hidup penulis dalam usaha untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Semoga penulisan yang dikongsikan dan tercoret di dalam blog ini akan memberi kebaikan buat diri penulis dan pembaca.Kepada bakal kaunselor, terutamanya sahabat-sahabat Batch Realiti, semoga kita akan menjadi kaunselor yang hebat satu hari nanti.A Journey Of Thousand Miles Start With A Single Step! Siti hajar Aliyais

Bicara kaunseling