Thursday, December 6, 2012

Merendah Hati

Alhamdulilah, syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada ALLAH Yang Maha Menguasai, kerana dengan izin-NYA, dapat saya mengatur jari-jemari ini untuk menaip dan berkongsi penulisan ini dengan para sahabat. Tergerak hati saya untuk berkongsi soal merendah hati. Moga penulisan ini memberi syafaat buat sahabat dan diri saya jua.


Tahukah sahabat bahana tidak  merendah hati ini ? Jika tidak dibendung ‘penyakit’ ini akan akan membawa kita kepada pelbagai kerosakan dan kerugian  yang lebih berat daripada dosa-dosa zahir. Syaitan selalu membisikkan bahawa sikap merendah diri kepada orang lain hanya akan menurunkan darjat kita pada mata mereka. Kerana takut menjadi hina, kita lalu enggan berbicara dengan orang yang kita anggap rendah,atau enggan melakukan pekerjaan yang biasanya dilakukan oleh yang hina.

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad daripada Abu Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

 ‘ Sesiapa yang merendahkan dirinya kerana Allah satu darjat, maka Allah akan meninggikannya hingga menempatkan di ‘Iliyyin yang tertinggi. Dan sesiapa yang meninggikan dirinya (takbbur) satu darjat, maka ALLAh akan terus merendahkannya hingga meletakkan namanya bersama orang yang sangat rendah (asfalasafilin).’ Hadis ini disahihkan oleh Ibn Hibban.

Kadangkala ALLAH SWT menguji hamba-NYA dengan kesenangan hidup, kekayaan , pasangan yang rupawan dan jutawan. Dengan itu, tiada salahnya sebagai hamba kita mensyukuri nikmat  dan merendah hati mengucap syukur kepada –NYA  di samping memberi pertolongan kepada yang memerlukan.
Sebenarnya berasa diri lebih hebat daripada orang lain adalah penyakit yang sangat berbahaya. Sifat ini akan menutup hati dan telinga kita daripada menerima nasihat dan kata-kata berguna untuk kebaikan di dunia dan akhirat.

Bagaimana caranya untuk merendahkan hati?
Sikap merendahkan hati boleh dimulai dengan cara mengubah  pandangan kita kepada orang lain. Usah lagi menjadikan pakaian, kenderaan, penampilan luar  dan asal usul seseorang  sebagai penentu sikap kita kepadanya. ALLAH SWT telah berfirman  yang bermaksud :

‘ Dan sungguh kami telah muliakan anak-anak Adam’. Surah al-Isra’ 17 : 70

Supaya dapat merendahkan diri, kita harus membuang ‘perasaan lebih baik daripada orang lain’.Kita harus sedar dan menyedari bahawa orang yang kita anggap hina boleh jadi sangat mulia di sisi ALLAH SWT.

‘Gantunglah azammu setinggi langit serta rendahkanlah hatimu serendah mutiara di lautan’.  Ingatlah walaupun mutiara itu berada di dasar lautan tetapi ia tetap berharga dan bernilai apabila berada di lautan.
Semoga penulisan ini memberi kebaikan kepada semua. Sekian wasasalam..
Wallahum a’alam...


manusia menilai dariapda perbuatan, tetapi Allah menilai daripada hatinya.

Present 18R8,
Putrayaja.
Awal Muharram

Salam kasih sayang,
Siti hajar aliyais


Leave a Reply

 
 

Recent Comments

Followers

Love Is Cinta, I'm Sorry, Please Forgive Me, I Love YOU, THANK YOU
Cuteki greetings

Counselor To Be

Assalamualaikum warahmatullahiwabaratuh.

Salam sejahtera.

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Esa, bersyukur kepada-Nya, kerana akhirnya blog 'Counselor To Be' telah berjaya ditubuhkan.

Tujuan penubuhan blog ini adalah untuk berkongsi ilmu tentang dunia kaunseling dan perjalanan hidup penulis dalam usaha untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Semoga penulisan yang dikongsikan dan tercoret di dalam blog ini akan memberi kebaikan buat diri penulis dan pembaca.Kepada bakal kaunselor, terutamanya sahabat-sahabat Batch Realiti, semoga kita akan menjadi kaunselor yang hebat satu hari nanti.A Journey Of Thousand Miles Start With A Single Step! Siti hajar Aliyais

Bicara kaunseling