Sunday, November 20, 2011

Bukan Senang nak jadi pendidik


Bidang kaunseling bukanlah satu profesion yang kuminati. Namun , sejak berada di bumi bersama dengan anak-anak kecil di cendekiawan.. aku membuat pilihan untuk berada dalam profesion ini. InsyaAllah ‘Counselor to be’ . Ternyata profesion ini tidaklah semudah yang ramai orang sangkakan. Most of my friends dari course yang berbeza mengatakan .. kaunseling senang.. ‘kamu hanya perlu bercakap sahaja..' namun, reality tidak semudah kata-kata…  yes! Definitely… because dengan kata-kata bisa mengubah sesuatu t/laku, emosi dan pemikiran. Ya ia mungkin akan berubah menjadi lebih baik atau boleh juga berubah menjadi lebih buruk.. Sangat berat tugas itu.. mampukah aku?

Realitinya sekarang.. anak-anak zaman sekarang sangat berbeza dengan zaman kecilku dulu. Mereka sangat moden. Semuanya hanya dihujung jari.. wah! Mereka sangat hebat! Mereka sangat cerdik! Mereka sangat celik! Mereka sangat bijak! Mereka serba tahu dalam semua hal! Namun masih ramai antara mereka kekurangan ilmu ketuhanan. Aku menulis menurut pengalamanku.. mereka sangat kasihan. Ternyata sangat berat tugas seorang pendidik. Mereka memerlukan pendidik yang bisa melembutkan jiwa, yang mendidik jiwa.. yang mengajar mereka akan erti kasih sayang sesama manusia, menghormati orang tua..dan sebagainya. Mereka sangat memerlukan kita sebagai pendidik untuk membentuk sahsiah, akhlak atau personaliti.

Namun , amat menakutkan diriku apabila melihat t.laku bakal pendidik. Bisakah pendidik mendidik? Andai diri ini masih banyak kelopongan yang sangat memerlukan bantuan..  sangat menakutkan melihat apa yang akan terjadi kepada anak-anak kita kelak jika diri kita sendiri tidak betul ,umpama ketam mengajar anak berjalan.. ilmu  sangat penting..!
Sayangilah anak didik kita,didiklah ia dengan baik.Jika betul didikannya, maka insyaAllah akan baiklah ia kelak. Namun lama kelamaan, minat atau tidak berada dalam profesion ini tidak menjadi persoalan, aku hanya ingin melakukan sesuatu yang bisa aku sumbangkan untuk kebaikan ummah yang aku sayangi.. Semoga aku bisa melakukan sesuatu untuk kebaikan mereka semua..
Buat anak-anak didikku di c.e, walau masa bersama kalian sudah berlalu, namun aku tidak berhenti berdoa agar kalian menjadi insan yang cemerlang duniawi dan di akhirat kelak. Semoga anak-anak menjadi insan yang soleh dan solehah, membangunkan ummah!.. Sayang! Tuntutlah ilmu, kerana ia pasti akan memberi kebaikan kepada dirimu kelak! J


Solat Zohor berjemaah- imam Syed Ahmad haiqal


                                            Addin dan rakan-rakan kelas.. rajin-rajin tau!


Akif, kawan baik2..


Salam kasih sayang,
bakal pendidik.. InsyaAllah.. 

p/s : peringatan buat diriku yang selalu terlupa, 
       mendidik itu adalah tugasmu, maka ia adalah amanah buat dirimu.

Leave a Reply

 
 

Recent Comments

Followers

Love Is Cinta, I'm Sorry, Please Forgive Me, I Love YOU, THANK YOU
Cuteki greetings

Counselor To Be

Assalamualaikum warahmatullahiwabaratuh.

Salam sejahtera.

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Esa, bersyukur kepada-Nya, kerana akhirnya blog 'Counselor To Be' telah berjaya ditubuhkan.

Tujuan penubuhan blog ini adalah untuk berkongsi ilmu tentang dunia kaunseling dan perjalanan hidup penulis dalam usaha untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Semoga penulisan yang dikongsikan dan tercoret di dalam blog ini akan memberi kebaikan buat diri penulis dan pembaca.Kepada bakal kaunselor, terutamanya sahabat-sahabat Batch Realiti, semoga kita akan menjadi kaunselor yang hebat satu hari nanti.A Journey Of Thousand Miles Start With A Single Step! Siti hajar Aliyais

Bicara kaunseling