Saturday, October 20, 2012

Contoh Surat Mohon Lawatan (Prolink)





Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : UPSI/FPPM/AT04/3/-3
Tarikh       :  14 September 2011

                                                                                                              

Prof. Dato’ Dr. Raymond Azman Ali,
Dekan dan Pengarah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Razak,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur.


U/P: Ketua Jabatan Psikiatrik
        Prof. (Klinikal) Dr. Hatta Sidi


Melalui dan salinan

Cik Amelia binti Mohd Noor,
Pensyarah Psikologi Abnormal (KKD3063),
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN KAJIAN LAPANGAN KE PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

Dengan segala hormatnya, izinkan saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling (AT04) Semester Tiga, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Universiti Pendidikan Sultan Idris ingin meminta kerjasama pihak tuan bagi membenarkan kami membuat lawatan sambil belajar dan kajian lapangan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bagi memenuhi tuntutan kursus Psikologi Abnormal (KKD3063).

3.         Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberi kerjasama bagi menjayakan program lawatan sambil belajar dan kajian lapangan ini. Bersama-sama ini kami lampirkan tentatif lawatan yang dirancang dan butiran lanjut berkaitan lawatan di lampiran 1.




Tentatif program  :
                       
                        Tarikh            : 14 Oktober 2011 (Jumaat)

                        Masa              :

2.30 petang
Bertolak ke PPUKM dari Masjid UKM
3.00 petang
Tiba di PPUKM
3.10 petang   
Ucapan aluan pengerusi majlis dan bacaan doa (Wakil  UPSI)
Mendengar taklimat dari pihak PPUKM
3.45 petang
Sesi soal jawab
4.30 petang
Lawatan sambil belajar dan kajian lapangan ke wad psikiatrik
5.00 petang
Berhenti solat asar
5.25 petang
Program Lawatan sambil belajar dan kajian lapangan ke wad psikiatrik
Penyampaian cenderahati
7.30 petang  
Bertolak pulang

                                

4.         Sebarang kemusykilan, sila hubungi saudari Siti Hajar Aliyais (013 - 4905017).
                                                                                 
5.         Segala kerjasama dan kesudian pihak tuan untuk menerima kunjungan ini kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Diharapkan dengan kerjasama pihak tuan akan melancarkan lagi majlis tersebut. 

Sekian, terima kasih.




“COUNSELOR TO BE”


Yang Menjalankan Tugas,



(SITI HAJAR BINTI ALIYAIS)
Pengarah Program ,
Lawatan Sambil Belajar Dan Kajian Lapangan,
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan

s.k.          - Dekan Fakulti
                - Setiausaha
- Fail
Lampiran 1

BUTIRAN BERKAITAN LAWATAN



             OBJEKTIF

i.                    Melihat gambaran sebenar tentang situasi realiti pesakit yang berkait dengan isu abnormal dan intervensi rawatan yang diberikan
ii.                  Memenuhi kursus dan keperluan tugasan yang diberikan
iii.                Mendapat pengisian melalui ceramah yang disampaikan oleh pihak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.


One Response so far.

  1. Anonymous says:

    Assalam....terima kasih Siti Hajar COntoh surat yang sangat baik...

Leave a Reply

 
 

Recent Comments

Followers

Love Is Cinta, I'm Sorry, Please Forgive Me, I Love YOU, THANK YOU
Cuteki greetings

Counselor To Be

Assalamualaikum warahmatullahiwabaratuh.

Salam sejahtera.

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Esa, bersyukur kepada-Nya, kerana akhirnya blog 'Counselor To Be' telah berjaya ditubuhkan.

Tujuan penubuhan blog ini adalah untuk berkongsi ilmu tentang dunia kaunseling dan perjalanan hidup penulis dalam usaha untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Semoga penulisan yang dikongsikan dan tercoret di dalam blog ini akan memberi kebaikan buat diri penulis dan pembaca.Kepada bakal kaunselor, terutamanya sahabat-sahabat Batch Realiti, semoga kita akan menjadi kaunselor yang hebat satu hari nanti.A Journey Of Thousand Miles Start With A Single Step! Siti hajar Aliyais

Bicara kaunseling