Take note! Perkara yang perlu disediakan semasa Prasesi
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wrth. Apa khabar semua? Di sini, saya ingin berkongsi mengenai informed consent. ataupun persetujuan termaklum. Kepada adik2 atau mana2 individu yang akan menjalani sesi kaunseling individu atau kelompok kaunseling perlu menandatangi satu borang iaitu informed consent. Untuk apa borang itu?
PERSETUJUAN TERMAKLUM KELOMPOK
KAUNSELING
Saya
_____________________________________ bersetuju untuk menyertai kelompok
kaunseling bersama Siti Hajar binti
Aliyais serta ahli-ahli yang lain seperti yang disenaraikan di bawah mulai 30 November 2012 pada setiap hari
Jumaat (atau hari dan waktu lain seperti yang dipersetujui bersama) dari jam 12.00 tgh hari sehingga 2.00 petang di Makmal Kaunseling Kelompok 4. Saya juga bersetuju kontrak ini
menjadi sebahagian daripada laporan sesi kaunseling yang boleh diperolehi oleh
pihak pemimpin kelompok dan ahli kelompok ini. Pemimpin dan ahli kelompok ini
tidak dibenarkan menerbit, menyampai dan menceritakan dengan apa cara sekalipun
tanpa kebenaran setiap orang ahli kelompok ini. Pemimpin dan setiap ahli kelompok
akan juga menjaga kesejahteraan fizikal dan psikologi ahli serta maruah setiap
ahli. Ahli-ahli kelompok ini terdiri daripada mereka yang bernama seperti
berikut;
BIL.
|
NAMA
PENUH
|
NO.KAD PENGENALAN
|
1.
|
||
2.
|
||
3.
|
||
4.
|
||
5.
|
||
6.
|
||
7
|
T/tangan Ahli :
Nama Ahli :
No. Kad Pengenalan : Tarikh :
30.11.2012
T/tangan Pemimpin :
Nama Pemimpin : Siti Hajar binti Aliyais
No. Kad Pengenalan : Tarikh : 30.11.2012
Semoga bermanfaat kepada bakal2 kaunselor
Terima kasih. Sangat bermanfaat