Apakah ciri-ciri anak ketiga? Sebagai anak tengah saya lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri.
JoM kita teroka peringkat kerjaya dalam hidup
saya...
Semasa berumur 6 tahun, cita-cita saya adalah
wartawan kerana pada waktu itu saya seronok melihat wartawan di televisyen.
Mereka berjaya membongkar kisah kehidupan dalam masyarakat dan memberi info
kepada rakyat.Kemudian di alam persekolahan rendah, saya bercita-cita nak jadi
guru setelah melihat cikgu berpakaian kemas dan cantik di sekolah. Pada masa
yang sama, tugas ayah sebagai guru di sekolah menyebabkan saya terikut-ikut
jejak ayah untuk menjadi sepertinya.
Kerjaya pilihan saya masih tidak 'stable' semasa
di alam persekolahan sehinggalah melangkah kaki ke alam remaja, saya
bercita-cita nak menjadi seorang pensyarah. Actually, cita-cita ini tidak jauh
berbeza dengan kerjaya yang bakal saya ceburi kelak kerana ianya masih berada
dalam 'seting' pendidikan. Semasa melanjutkan pelajaran di sekolah tinggi, saya
ingin menjadi guru Bahasa Melayu kerana begitu minat dalam subjek ini.
Semasa berumur 18 tahun, saya bekerja sebagai
guru di salah sebuah taska milik saudara di Bandar Darul Aman, bekerjasama
dengan kanak-kanak membuatkan saya tertarik untuk terus berada dalam dunia
pendidikan atau bekerja dalam bidang sosial.
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Dzat Yang
Maha Mulia kerana memberi peluang kedua kepada saya untuk berada bersama dengan
anak-anak generasi cendekiawan. Sepanjang 4 bulan berada di sana, banyak
perkara yang saya pelajari daripada anak-anak yang comel itu.
'Rasulullah dalam mengenangmu... kami susuli
lembaran sirahmu...' nokia berwarna pink berdering.Setelah menjawab panggilan
telefon daripada bekas guru di SMKPendang, mata ini tidak dapat menahan
mutiara-mutiara jernih yang jatuh ke pipi.Tahniah, keputusan STPM dah keluar,
cepat balik Kedah ambil 'result', kata-kata Teacher Warnida.
Bersyukur dengan apa yang Allah berikan
*usaha-doa-tawakal*
Secara jujurnya, salah satu sebab saya boleh
berada dalam bidang kaunseling kerana anak-anak yang saya kasihi. Saya melihat
mereka memerlukan bimbingan daripada orang dewasa, terutamanya ibu bapa.
Keperluan kasih sayang yang mencukupi daripada ibu bapa akan melahirkan anak
yang sihat jiwa,mental dan akhlak.Love & Belonging, salah satu keperluan
asas bagi manusia. Saya harapkan apabila saya bergraduasi kelak, saya dapat
membantu anak-anak muda terutamanya remaja. Kaunseling adalah bidang yang membantu
orang yang ingin berubah.
Berdasarkan kepada kisah hidup saya, kita dapat
lihat bahawa perkembangan kerjaya seseorang itu telah bermula sejak zaman
kanak-kanak lagi. Menurut Ginzberg & Associates, 1972 terdapat tiga
peringkat perkembangan kerjaya seseorang.Pada zaman kanak-kanak kerjaya pilihan
berada dalam alam fantasi iaitu dalam lingkungan umur 6-11 tahun, kemudian
peringkat percubaan dan peralihan yang berumur 11 hingga 17 tahun. Peringkat
ketiga ialah realistik penentuan dan penerokaan ketika berumur 17 hingga 25
tahun.
Berdasarkan teori Gestalt, yang mendukung
konsep Here and Now, saya kini berada dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan Bimbingan & Kaunseling, Semester 4, dan merupakan pelajar tahun
kedua di UPSI.
* ungu warna kejayaan
* hijau warna syurga,
* pink warna kasih sayang
* putih warna kesucian
* ektrovert
salam sayang
Siti hajar aliyais
'counselor to be'