Bimbingan membantu individu membuat pilihan menurut
nilai dirinya,manakala kaunseling membantu individu membuat perubahan.
Kaunseling berfokus untuk memupuk kemahiran daya
tindak ( coping skills ) untuk memudahkan perkembangan dan mencegah masalah
klien manakala psikoterapi bermatlamat untuk membantu klien menyelesaikan
masalah yang muncul akibat anxiety dan depresi.
Masalah yang dihadapi klien dalam sesi kaunseling
melibatkan masalah dalam perhubungan dan kerjaya namun, psikoterapi pula berkaitan
bantuan terapi kepada klien yang mempunyai masalah yang lebih kompleks yang
memerlukan prosedur diagnosis.
Matlamat dalam proses kaunseling lebih kepada jangka
pendek yang dijalankan di sekolah, pusat agama, dan klinik kesihatan mental
yang menggunakan pendekatan kaunseling.Psikoterapi pula bermatlamat jangka
panjang yang dijalankan di Pusat Kesihatan Mental atau Hospital dan menggunakan
pendekatan psikoteraputik iaitu melibatksn proses proses dan tidak sedar.