Salam perkenalan,
Untuk
memahami dengan lebih jelas definisi kaunseling, dipetik definisi daripada dua
tokoh iaitu Patterson (1995) dan Corey (1977).Patterson , mendefinisikan kaunseling sebagai satu proses
interaktif melalui satu perhubungan yang unik antara kaunselor dan klien yang mengarah kepada perubahan klien dalam
aspek tingkah laku, kepercayaan dan kemahiran membuat keputusan. Corey pula menekankan tentang proses di mana seorang
klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang
menimbulkan masalah pada dirinya.
Krumboltz
( George & Cristiani, 1990 ) pula mengertikan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang
beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien melibatkan
diri dengan jenis tingkah laku yang akan menghasilkan penyelesaian kepada
masalah klien.
Ahli
psikologi pula berpendapat kaunseling sebagai ‘...satu proses di mana kaunselor
menolong kaunselee membuat interpretasi fakta berkaitan pemilihan, perancangan
atau penyesuaian yang perlu dibuat’ ( Smith,G.E.,1955: 6)
Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses
pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya
dan alam sekelilingnya.