Perkataan
bimbingan didefinisikan sebagai ‘proses membimbing seseorang individu. Menurut
Shetzer & Stone (1971) : “ bimbingan sebagai proses menolong individu
memahami dirinya dan alam sekelilingnya’ (Ed Neukrug,1999).
Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses
menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi
maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang
menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.
Bimbingan
ialah proses membantu individu membuat keputusan yang penting dalam hidupnya
yang akan mempengaruhi kehidupannya (Gladding,2000)