Saturday, October 20, 2012

Aspek Profesionalisme dalam kaunseling


Terdapat tiga tahap hubungan menolong di dalam kaunseling.Pertama tidak profesional (nonprofessional), separuh profesional ( preprofessional) dan profesional.

Penolong yang tidak profesional ini mungkin seorang kawan, rakan sekerja, dan para sukarelawan yang tidak terlatih.Mereka mempunyai minat menolong, mempunyai ciri semulajadi menolong dan tidak memerlukan pendidikan yang tidak khusus.

Penolong separuh profesional merupakan pekerja khidmat manusia secara umum.Individu ini mempunyai sedikit kemahiran dalam hubungan dengan manusia dan mendapat sedikit latihan formal dalam bidang ini.Mereka biasanya bekerja sebagai pekerja menjaga kanak-kanak , kaunselor belia dalam bidang latihan.Mereka memerlukan latihan dan penyeliaan yang baik dari penyelia pakar.

Penolong profesional berpendidikan dalam bidang kaunseling, psikologi dan kemanusiaan, dan dapat memberi khidmat pertolongan dari segi pencegahan dan pemulihan.Mereka termasuklah kaunselor,ahli psikologis, psikiatri, jururawat psikiatris, pekerja sosial, terapis perkahwinan dan keluarga.

Leave a Reply

 
 

Recent Comments

Followers

Love Is Cinta, I'm Sorry, Please Forgive Me, I Love YOU, THANK YOU
Cuteki greetings

Counselor To Be

Assalamualaikum warahmatullahiwabaratuh.

Salam sejahtera.

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Esa, bersyukur kepada-Nya, kerana akhirnya blog 'Counselor To Be' telah berjaya ditubuhkan.

Tujuan penubuhan blog ini adalah untuk berkongsi ilmu tentang dunia kaunseling dan perjalanan hidup penulis dalam usaha untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Semoga penulisan yang dikongsikan dan tercoret di dalam blog ini akan memberi kebaikan buat diri penulis dan pembaca.Kepada bakal kaunselor, terutamanya sahabat-sahabat Batch Realiti, semoga kita akan menjadi kaunselor yang hebat satu hari nanti.A Journey Of Thousand Miles Start With A Single Step! Siti hajar Aliyais

Bicara kaunseling