Dilahirkan
sebagai anak kepada pasangan yang
bernama Aliyais bin Awang dan Sukeriah binti Hj Zakaria.Aku merupakan anak yang
ketiga daripada tujuh orang adik beradik.Abangku,Mohd Ashraffuddin anak yang
sulung dan kakakku,Siti Noorashikin merupakan anak yang kedua.Selama lima tahun
kakakku menjadi anak yang bongsu dan sewaktu kakakku berusia lima tahun aku
dilahirkan.Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang.Namun,sebagai anak yang
tengah kekadang aku merasa aku
diabaikan.Aku sering dibandingkan dengan kakak dan abangku dimana mereka berdua
sangat peramah dan mudah bersosial dengan saudara maraku yang lain.(Konstelasi Keluarga).
Pada
masa yang sama mereka berdua juga cemerlang dalam akademik berbanding diriku.Dari
situ aku berasa rendah diri untuk bersosial dan aku berhasrat untuk memampas
kembali dengan membentuk hubungan dan kemahiran interaksi dengan baik serta
mengikis perasaan malu terutama dengan
saudara-maraku. Aku juga berhasrat untuk mencapai keputusan yang lebih baik
daripada adik-beradikku itu.(Inferiority
and compensation)
Semasa
kecil aku mempunyai perasaan malu yang sangat tebal.Aku malu dalam segala hal.Aku
sering berusaha untuk menjadi yang terbaik di mata ayah dan ibuku,Dalam usaha
untuk memajukan diriku aku gemar
melibatkan diri dengan aktiviti
di sekolah seperti berforum,perbarisan dan
perbahasan .(Minat Sosial).
Objektif
aku adalah untuk memampas kekurangan yang ada pada diriku.Pertama aku ingin
menjadi lebih baik daripada abang dan kakakku.Kedua,aku ingin membanggakan ibu
dan ayahku dengan pencapaianku dan seterusnya mendapatkan perhatian yang lebih
yang umpama ‘dirampas’ oleh adik-adikku pula.(Fictional Finalism).
Bagi
mencapai matlamatku,aku meningkatkan
usaha dengan banyakkan ulangkaji di rumah.Pada
masa yang sama aku memberi perhatian yang secukupnya ketika proses
pembelajaran.Aku juga mendengar dan patuh kepada arahan ibu dan ayahku.Jika
ibuku tidak memberi keizinan kepada aku akan turut kata ibu.Dengan usaha
keras,berkat doa ibu, ayah,guru-guru, aku mencapai keputusan yang cemerlang
dalam STPM.Alhamdulilah,aku berjaya menggembirakan ibu dan ayah dengan
pencapaianku.(Gaya Hidup)
Sementara
menunggu keputusan STPM diumumkan aku bekerja sebagai guru taska di Putrajaya
selama enam bulan.Oleh kerana aku minat
kepada anak-anak kecil,aku sering didorong oleh ibuku untuk bekerja sebagai
guru taska bagi mengisi masa lapangku.Aku mempunyai tiga misi utama pada ketika
itu iaitu menjadi anak yang taat,pencapaian yang baik dalam STPM dan menjadi
insan yang berguna kepada masyarakat.(Kreatif
diri).
Aku
berusaha memampas kembali perasaan rendah diri tersebut dan terus berusaha
untuk menuju kesempurnaan kendiri.Aku ingin
berjaya di UPSI dengan segulung ijazah kelas pertama dan menjadi anak
yang taat kepada ibu dan ayah.(Usaha ke arah superiority)