Bersama dengan anak-anak..
Bersama dengan
anak-anak? Ops.. bukan anak yang dikandung, Hajarkan masih muda takk kawin
lagi... hermm.. bersama dengan anak-anak didik.. Insya-Allah walaupun kerja ini
berat. Namun Hajar mempunyai satu visi untuk melihat anak –anak ini berjaya. Hajar
mengharapkan mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Benar amanah itu
sangat berat!
Pengisian Cuti semester selama 4 bulan.
Selepas seminggu
di kampung Hajar ke Putrajaya untuk mengisi masa lapang, dan masa – masa ini
yang ditunggu sebab ingin bersama dengan anak-anak di sini. Rindu sangat dengan
anak-anak. Dalam hati nak jumpa dengan naufa, damia, wazien, Danish,Qaseh dan
lain-lain.– Nama-nama anak-anak yang Hajar pernah jaga dulu. Bila dah ada di
sini, mereka tak banyak berubah dari segi fizikal. Genap setengah tahun Hajar tidak
berjumpa dengan mereka sejak Hajar di bumi UPSI.
Kali pertama bersama Danish
Kali pertama
bertemu Danish masa dihantar oleh umi dan abahnya, uminya bertanya tengah cuti
semester ke? Hajar mengiyakan. Danish terkejut dan melihat Hajar seakan-akan
kehairanan. Entah dia masih ingat ke tak akan Hajar pada pagi itu. Lagaknya
macam ingat lagi akan diriku...masih ingat ke? Danish sihat, umi kata Danish
dah besar. Ya,sudah besar.... agak-agaknya perangai Danish sudah berubah ke?
Kata cikgu bahagian tadika sekarang, Danishlah anak yang selalu ‘terlebih
aktif’- Ya , Hajar faham dan kenal persis diri Danish. Hatinya baik cuma tidak
tahu cara nak berkawan sebenarnya. Seorang abang yang sangat penyayang kepada
Batrisya. Anak itu agak aktif, seharusnya guru memberi perhatian yang lebih dan
memberi kasih sayang sebaiknya agar mereka tidak rasa terbiar dan pada masa
yang sama mampu membentuk personaliti positif anak-anak.
Kesal
Jangan
disebabkan mereka yang ‘nakal’ – Guru
mengambil pendekatan untuk membiarkan mereka. Kita seharusnya melayan mereka
dengan lembut dan menegur mereka dengan cara
yang berhemah. Iya, sangat kesal dengan sikap sesetengah guru yang
mengambil mudah perkara ini. Apa yang kita lakukan, cakapkan - sebenarnya akan
memberi impak yang besar kepada mereka yang akhirnya akan membentuk personaliti
anak-anak. Jika dilihatkan kembali kepada masa yang kita ada bersama dengan
anak-anak ini sangat panjang. Ya !
mereka datang ke taska pada jam seawal 7 pagi dan rata-rata ibu bapa mengambil anak
pada jam 6.00 petang, ada juga yang mengambil anak hampir jam 7.00 petang. DI
mana masa mereka untuk keluarga ?Hanya pada waktu malam.Perkembangan anak-anak
bermula pada waktu kecil- bayi- Mengikut Freud dalam Psikoanalisis peristiwa
pada umur 3 tahun akan memberi kesan kepada diri seseorang iaitu pada peringkat
fallic. Dalam kata yang mudah, apa
yang mereka alami pada waktu ini akan memberi kesan dan membentuk perangai
mereka kelak. Tugas pengasuh dan guru amat penting! Dan Amat mudah jika guru memahami tugas dan
peranan mereka....
Saya
pun pernah rasa perkara itu- cara penerimaan kita yang berbeza
Seramai 12 orang anak yang Hajar jagakan pada tika
itu 4 perempuan dan 8 lelaki. Setiap dari mereka mempunyai personaliti yang
tersendiri. Manja,semua ada... mereka sangat menguji kesabaran saya. Maaf! Setiap hari Hajar akan berdepan dengan
ibu bapa dan menceritakan ---- hari ini
anak puan terjatuh, kadang digigit... berdepan lagi dengan ibu bapa yang
cerewet. Ibu cerewet pun sebab mereka mahukan yang terbaik buat anak mereka. Hajar
faham. Jangan disebabkan ibu sebegitu, guru tidak mempedulikan anak mereka. Ini
yang Hajar gusarkan setelah mendengar pengakuan daripada pendidik di sini.
Bagaimana cara Hajar? Hajar kelaskan anak-anak yang agak ‘aktif’ . Anak-anak
ini yang perlu diberi perhatian lebih di
samping masih menjaga anak-anak yang lain. Mengajar mereka cara untuk sayang
rakan yang lain, jangan pukul kawan, sebab sakit, tak baik ... tegur
mereka dengan cara yang betul, mereka akan faham. Yang menjadi masalah apabila
guru terus menghukum dan marah. Anak akan memberontak kerana merasakan guru
tidak menyayangi mereka.
Tegurlah
mereka dengan cara yang lembut, marah boleh, tetapi marah untuk mendidik bukan
marah untuk melepaskan kemarahan kepada anak itu. Mereka takkan faham jika
tidak diberi ‘reason’ kenapa teacher
marah mereka. Jika memberi sebab dan musabab yang benar anak akan faham.
Hajar sayangkan anak-anak yang Hajar jaga..Hajar
kuatkan diri untuk bekerja. Itu adalah pengalaman yang akan menguatkan diri
dalam menghadapi reality kehidupan. Kerana
sayang... dan inginkan mereka berjaya. Jika anak ‘nakal’ – apa perkataan
untuk tukar kepada ‘nakal;.. ? Hajar
tak suka nak guna perkataan ini ... sebenarnya mereka bukan nakal, Cuma mereka
masih belajar dan tidak tahu yang mana benar dan salah....lalu mereka
mengganggu rakan yang lain. Tugas guru
sangat besar!