Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : UPSI/FPPM/AT04/3/-3
Tarikh : 14 September 2011
Prof.
Dato’ Dr. Raymond Azman Ali,
Dekan dan Pengarah
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Razak,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur.
U/P: Ketua Jabatan
Psikiatrik
Prof. (Klinikal) Dr. Hatta Sidi
Melalui dan salinan
Cik Amelia binti Mohd Noor,
Pensyarah
Psikologi Abnormal (KKD3063),
Fakulti
Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Universiti
Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong
Malim,
Perak Darul
Ridzuan.
Tuan,
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
DAN KAJIAN LAPANGAN KE PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
Dengan segala hormatnya, izinkan saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling (AT04) Semester
Tiga, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Universiti Pendidikan
Sultan Idris ingin meminta kerjasama pihak tuan bagi membenarkan kami
membuat lawatan sambil belajar dan kajian lapangan ke Pusat Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bagi memenuhi tuntutan kursus Psikologi
Abnormal (KKD3063).
3. Sehubungan itu, pihak kami
berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberi kerjasama bagi menjayakan
program lawatan sambil belajar dan kajian lapangan ini. Bersama-sama ini kami
lampirkan tentatif lawatan yang dirancang dan butiran lanjut berkaitan lawatan
di lampiran 1.
Tentatif program :
Tarikh : 14 Oktober 2011 (Jumaat)
Masa :
2.30 petang
|
Bertolak ke PPUKM dari Masjid UKM
|
3.00 petang
|
Tiba di PPUKM
|
3.10 petang
|
Ucapan aluan pengerusi majlis dan bacaan doa
(Wakil UPSI)
Mendengar taklimat dari pihak PPUKM
|
3.45 petang
|
Sesi soal jawab
|
4.30 petang
|
Lawatan sambil belajar dan kajian lapangan ke wad
psikiatrik
|
5.00 petang
|
Berhenti solat asar
|
5.25 petang
|
Program Lawatan sambil belajar dan kajian lapangan ke
wad psikiatrik
Penyampaian cenderahati
|
7.30 petang
|
Bertolak pulang
|
4. Sebarang kemusykilan, sila hubungi saudari Siti Hajar Aliyais (013 -
4905017).
5. Segala kerjasama dan kesudian pihak
tuan untuk menerima kunjungan ini kami dahului dengan ucapan jutaan terima
kasih. Diharapkan dengan kerjasama pihak tuan akan melancarkan
lagi majlis tersebut.
Sekian, terima
kasih.
“COUNSELOR TO BE”
Yang Menjalankan
Tugas,
(SITI HAJAR BINTI ALIYAIS)
Pengarah Program ,
Lawatan Sambil Belajar Dan Kajian Lapangan,
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan
s.k. - Dekan Fakulti
- Setiausaha
- Fail
Lampiran 1
BUTIRAN BERKAITAN LAWATAN
OBJEKTIF
i.
Melihat gambaran sebenar
tentang situasi realiti pesakit yang berkait dengan isu abnormal dan intervensi
rawatan yang diberikan
ii.
Memenuhi kursus dan
keperluan tugasan yang diberikan
iii.
Mendapat pengisian melalui
ceramah yang disampaikan oleh pihak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Assalam....terima kasih Siti Hajar COntoh surat yang sangat baik...
contoh yang baik