Saturday, April 28, 2012

Baitul Muslimku


Bila bercakap soal cinta, aku mesti selangkah ke belakang, aku dulu yang 'up to date' dengan (satu masa dulu) rasa sangat kolot  bila berbicara soal cinta..

Tiada jaminan untuk itu, hanya jaminan daripada-Nya. Aku akui pendirian aku pada masa kini, agak jauh ketinggalan ke belakang. Aku percaya ramai muslimah di luar sana yang memegang prinsip yang sama seperti aku percaya  'bercinta selepas nikah'.

Mustahil untuk aku menafikan perasaan ini, yang aku tiada keinginan untuk dicintai dan mencintai, tapi biarlah ianya berada di landasan yang betul. Sudah lumrah penciptaan manusia, mempunyai rasa. Kita bukan malaikat.

 "Dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang"
[30:21]

Apabila hati sudah berkenan atau sudah dirisik orang, mestila kita perlu mengenali karakter atau personaliti. Sebab itu Rasulullah s.a.w menyuruh kita bertaaruf. Dalam bertaaruf pun mesti ada caranya, Islam itu indah.

Baru-baru ini, aku call ibu, lepas habis program luar kampus. Ibu memang risau sebab tak dapat sebarang berita daripada aku, memandangkan hp perlu diserahkan kepada pihak penganjur. Bila Hp diserahkan kembali, aku call ibu.

Ibu risau ke?
ye.. mestila risau.

-- kena marah, -- nangis aku

kan, alang dah cakap.. jangan risau..

angah dah kawin.. ibu tak risau, sebab abg syed jaga angah.. alang duk jauh, jauh dari mata ibu.. ibu tak nampak...

ibu yang selalu care tentang aku.

Itulah, ibuku.. mula-mula ibu minta aku cari pasangan hidup, lepas tu ibu suruh aku kawin.
Bukan aku ingin menolak cinta, tapi aku percaya ia akan hadir pada waktunya yang Allah s.w.t takdirkan dalam hidupku.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"
[2:216]


Pemilik baju Melayu biru

Leave a Reply

 
 

Recent Comments

Followers

Love Is Cinta, I'm Sorry, Please Forgive Me, I Love YOU, THANK YOU
Cuteki greetings

Counselor To Be

Assalamualaikum warahmatullahiwabaratuh.

Salam sejahtera.

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Esa, bersyukur kepada-Nya, kerana akhirnya blog 'Counselor To Be' telah berjaya ditubuhkan.

Tujuan penubuhan blog ini adalah untuk berkongsi ilmu tentang dunia kaunseling dan perjalanan hidup penulis dalam usaha untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Semoga penulisan yang dikongsikan dan tercoret di dalam blog ini akan memberi kebaikan buat diri penulis dan pembaca.Kepada bakal kaunselor, terutamanya sahabat-sahabat Batch Realiti, semoga kita akan menjadi kaunselor yang hebat satu hari nanti.A Journey Of Thousand Miles Start With A Single Step! Siti hajar Aliyais

Bicara kaunseling