Wednesday, February 20, 2013

Boot Saya Hilang


Semester ini, aku nak melalui kehidupan yang ‘simple’. Sebab remaja sukakan kehidupan yang simple bukan? Sedar sikit, aku dah d akhir remaja. Aha, gaya aku, kakak aku selalu cakap macam orang tua, dari segi pemakaian aku memang macam orang tua.. ok ape, selagi mana aku selesa.

Aku tak tahu la kalau remaja lain yang macam aku ni, suka warna yang tak menarik, iaitu kelabu. Memang aku tahu, kelabu tu warna yang tak menarik dan buruk. Tapi aku suka, nak buat macam mana, aku malu nak pakai warna terang, merah , oren, sebab terang.maybe self confidence aku kurang kot. betulla tu, malu plak nak mengaku.

Bila sebut tentang bergaya, dalam banyak2 barang yang digemari oleh kaum hawa macam aku, aku suka kasut.  Barang-barang wanita yang lain macam  baju, beg tangan, barang kemas, alat mekap aku kurang gemar.

Dan kasut kegemaran aku, kasut boot aku. Tapi hari ni, time aku nak buang sampah, aku tak Nampak kasut warna coklat kat tempat rak kasut, aku cari, dan lihat betul2 kat area rak  tu.. kot-kot la aku tak Nampak, al maklumla, tak pakai spek kan.. mana tahu aku silap.

Selepas double and triple check, memang ada orang yang berkenan dengan kasut boot aku tu. So, nak buat macam mana, kasut kesayangan aku dah tak de.. tapi, aku tak de la menangis, Cuma aku macam tak percaya, ada juga yang berkenan dengan kasut boot aku tu.. huhu..

Dan yang sebenarnya, aku memang dah rasa, macam tak sedap hati je letak luar.Selamat ke? Takpe baik2 semua ni..instinct aku agak kuat , kalau rasa tak sedap tu, ada la tu..  tapi, aku menggunakan logic akal aku, tak boleh ni bawa masuk dalam rumah, nanti  apa pula kata roommate aku, bawa kasut dalam bilik, lagipun dalam ni tempat solat kan… actually, boleh je kalau nak letak kat bawah katil tu.. next time, tanya hati, bukan akal lagi.

Actually, kasut tu aku beli tahun lepas, aku beli dengan kakak, walaupun aku minat dengan kasut, tapi aku jarang beli kasut,  sebab aku hanya akan beli kasut yang berkualiti, kasut  adalah benda keperluan asas manusia.Hari-hari akan diguna, so why not beli yang mahal sikit.tahan lama.
Memandangkan sem ni adalah sem yang simple, aku dah buat keputusan utk membawa pulang semua kasut ke kampung hari tu. Aha!

Tapi, kepada pemilik kasut boot aku tu, aku tak de la marah kat kamu yang berminat kat kasut aku tu. Sekurang-kurangnya ada juga yang minat dengan boot aku tu. Apa2pun, aku doakan kaki kamu yang menyarung kasut itu, akan menjadi sihat dan  selamat dunia dan akhirat. Ikhlas dari hatiku.

Sebab aku suka ->
kalau hujan, kain je yang basah lencun, kaki aku tak basah,  so selesa nak berada dalam kuliah kan.
Kedua, time aku nak naik bas, ada yang tangga tinggi, ada yang tangga rendah, kalau tangga bus tinggi, tak de la nampak bentuk kaki aku.
Tu je sebenarnya, sebab aku pilih kasut ni selain memang aku minat dengan boot.

selamat tinggal kasut boot yang setia!

Hikmah dari kes ni kan.                             
ku ada buat silap dengan mak, seperti mana aku tak buat apa yang mak minta aku buat semalam, tak sempat nak laksanakan apa yang mak suruh, aku tertidur, dan bangun pagi tadi baru teringat.

Reaksi aku? Tenang je sebenarnya bila dah hilang, tak de marah pun, aku hanya memandang ke luar jendela dan melihat cahaya matahari semakin suram menandakan azan maghrib semakin hampir.

Terima kasih Ya Allah, kerana memberikan aku feeling yang great! Aku bahagia, aku happy, aku bersyukur!
Percayalah setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Sayang Allah. =) hebatkan fikiran positif.


Leave a Reply

 
 

Recent Comments

Followers

Love Is Cinta, I'm Sorry, Please Forgive Me, I Love YOU, THANK YOU
Cuteki greetings

Counselor To Be

Assalamualaikum warahmatullahiwabaratuh.

Salam sejahtera.

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Esa, bersyukur kepada-Nya, kerana akhirnya blog 'Counselor To Be' telah berjaya ditubuhkan.

Tujuan penubuhan blog ini adalah untuk berkongsi ilmu tentang dunia kaunseling dan perjalanan hidup penulis dalam usaha untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Semoga penulisan yang dikongsikan dan tercoret di dalam blog ini akan memberi kebaikan buat diri penulis dan pembaca.Kepada bakal kaunselor, terutamanya sahabat-sahabat Batch Realiti, semoga kita akan menjadi kaunselor yang hebat satu hari nanti.A Journey Of Thousand Miles Start With A Single Step! Siti hajar Aliyais

Bicara kaunseling