Tuesday, February 19, 2013

Persoalan Ikhlas

Mak ha selalu cakap, mana mungkin orang yang tinggi spiritualnya, mempunyai fikiran yang kusut, emosi yang tak stabil, tingkah laku yang ntah pape, dan mempunyai hidup yang caca merba.

sometimes, kita rasa diri ni dah cukup bagus, hakikatnya, memang kita bagus pun, ahaks! kenapa tak percaya, bukan nak sombong dan bongkak, bukankah kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. 

masalahnya, so kenapa nak rendah diri plak kan.. the point is, kita kena rendah hati bukan rendah diri. Beza tu rendah diri and rendah hati, orang yang rendah diri ni, selalu tak yakin dengan diri, tapi orang yang rendah hati adalah insan yang  hebat tapi masih ingat bahawa dia adalah hamba. Hanya hamba. So, selamatkan diri dari sifat bongkak, riak, dll.

Balik tentang ikhlas,

uit, sejauh mana keikhlasan kita? ikhlas tak boleh diukur, bukan numerikal, tapi aku pasti, ikhlas akan hadir setelah kefahaman itu ada. Aku sering persoalkan keikhlasan aku dalam membuat kerja, lastly, aku cakap kat diri aku, baik tak payah aku buat..

lepas aku check balik, aku fikir, count 1-100, 100-1, adakah syaitan telah membisikkan kpd aku, 'tak payah buat, sebab tak tahu sama ada ikhlas ke tak? nanti sia2 je amalan, sebab tak ikhlas.

sekarang, aku tak nak persoalkan lagi tentang ikhlas, sebab jelas dan pasti, aku akan menggunakan akal aku untuk berfikir, tolak, tambah, darab, bahagi.. = aku akan rasa aku tak ikhlas =  result : aku tak buat sebab aku rasa tak ikhlas.

sekarang, aku dah dapat jawapan  : 

Ikut kata hati, dan percaya dengan kata hati, jika hati rasa sedap dan selesa, teruskan dengan amal ini, dan aku yakin, bila perkara baik, hati akan rasa tenang, so teruskan kerja, and mak ha juga selalu pesan, ikut kata hati, bukankah hati itu berkait dengan spiritual . selagi mana tak menyalahi hukum Allah. Bukankah hati adalah raja dalam diri kita? 

hati itu ibarat raja, jasad ibarat rakyatnya, kalau baik raja, baik juga rakyatnya, kalau baik hati, baik juga jasadnya. 


"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila daging itu baik maka baiklah tubuh manusia itu, akan tetapi bila daging itu rosak maka rosak pula tubuh manusia. Ketahuilah bahwa sesungguhnya segumpal daging itu adalah hati." 
(HR. Bukhari-Muslim)

80 peratus kekuatan datang dari spiritual yang sihat, dan 10% datang dari fizikal dan IQ atau fikiran.
Apa2pun, spiritual kena kuat!


Leave a Reply

 
 

Recent Comments

Followers

Love Is Cinta, I'm Sorry, Please Forgive Me, I Love YOU, THANK YOU
Cuteki greetings

Counselor To Be

Assalamualaikum warahmatullahiwabaratuh.

Salam sejahtera.

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Esa, bersyukur kepada-Nya, kerana akhirnya blog 'Counselor To Be' telah berjaya ditubuhkan.

Tujuan penubuhan blog ini adalah untuk berkongsi ilmu tentang dunia kaunseling dan perjalanan hidup penulis dalam usaha untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Semoga penulisan yang dikongsikan dan tercoret di dalam blog ini akan memberi kebaikan buat diri penulis dan pembaca.Kepada bakal kaunselor, terutamanya sahabat-sahabat Batch Realiti, semoga kita akan menjadi kaunselor yang hebat satu hari nanti.A Journey Of Thousand Miles Start With A Single Step! Siti hajar Aliyais

Bicara kaunseling