Artikel ini saya copypaste dari Zameer Fisabilillah
Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di
Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba
mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh
dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang
buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah.....
Assalamualaikum semua wahai hamba Allah s.w.t.
yang sedang membaca berita bermanfaat ini menerusi alam maya.Salam peringatan
dari saya kepada semua sahabat dunia dan akhirat.
Hari ini saya akan dedahkan secara terbuka kepada
semua pembaca mengenai Tasik Galilee,sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang
pun mengering dengan derasnya ketika ini.Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias
Ada satu hadis sahih yang saya sengaja tidak
tunjukkan di sini,hadis itu memberitahu saya dan anda semua,bahawa apabila
keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah
saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya
tanda-tanda besar.Carilah hadis sahih ini sampai dapat,dan bila anda tahu dan
menjumpai hadis ini,pada ketika anda tahu itu,anda akan berada dalam ketakutan
yang amat sangat.Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah
pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun
2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu...
Saudara serumpunku,anda semua harus beringat,bila
tasik ini kering,maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi
untuk membantu Imam Mahadi,memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi.
Saya ingatkan lagi,hadis ini amatlah
sahih,sedangkan tiada satu pun ulamak di Tanah Melayu berani membongkar hadis
sahih ini,dengan kata lain,mereka tahu tapi mereka kurang keberanian kerana
hakikat itu jelas,Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya,dan mengikut
kajian sains,tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan
menemui dasar permukaan bawahnya,dan ketika itulah Nabi Isa turun.
dan anda semua perlu faham,sebelum Nabi Isa turun
dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses-proses
untuk menjadi asbab perlunya baginda turun,asbab itu mestilah terjadi, Ini
bermakna wahai saudaraku sekalian,proses ini "sepatutnya" sudah
berlaku:
- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya
setiap hari...
- ini bermakna sistem dajjal akan mencapai
kemuncaknya (yang membolehkan dajjal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti,
namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun
wujud di sekeliling kita,benarkan???
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan
pemuda dari timur yang dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dalam sekitar
umurnya mencecah 40 tahun....
- dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam
Mahadi dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita,samada baginda di saat
ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak ? atau sedang belajar di sekolah
menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...
-Ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam
alam maya tidak lain tidak bukan, ingin mengajak anda semua melangsaikan hutang
secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan
itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak,
dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu
sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda
tentang hal ini, namun anda mungkin terlambat dan mengabaikannya di saat itu...
-dan kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan
ramai saudara-saudaraku,rakan-rakan, semua hamba Allah dan ramai dari
mereka sebelum saat itu tiba,menjelma tanpa kita duga...
Ingatlah saudara-saudara ku... Mereka bertiga
akan muncul selang silih berganti sahaja,dan mereka bertiga berkongsi gelaran
yang sama,mereka bertiga adalah manusia belaka,Dua daripada mereka mendapat
rahmat berupa umur yang panjang,sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur
pendek tetapi dapat memimpin dunia.
Ketahuilah mereka bertiga ialah:
- Al Masih Imam Mahadi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa
Ingatlah kawan-kawan... sekiranya umur anda
adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini), percayalah,dalam tempoh 50 tahun
ini sahaja,semua tanda-tanda untuk munculnya tanda-tanda besar, pasti 100%
muncul di zaman anda,samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu
muncul, atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian
itu.Ketahuilah,Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi
lagi,dan proses pengeringan ini amat dahsyat sehingga yahudi di Israel meminta
bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras Tasik Galilee ini dan 10 tahun sudah
pun berlalu,ada baki lagi 40 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke
planet bumi,dan anda harus ingat!!!
Sekali lagi saya ingatkan anda,bila Nibiru
melalui nanti (diteorikan),2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki),iaitu
bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi),dan teori 2 gerhana
pada tahun 80-an "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012,dan
sekiranya teori ini benar-benar berlaku, maka sahlah dan lengkaplah semua
tanda-tanda kecil,dan kehadiran tanda-tanda besar pasti berlaku tanpa anda
jangka.
Planet Nibiru(Planet-X) adalah planet yang
dimaksudkan oleh Rasulullah ﷺ sebagai dua gerhana berlaku serentak yang
memancarkan cahaya merah ke bumi.Planet Nibiru ini tidak menghentam bumi tetapi
tarikan gravitinya yang sangat kuat akan menjahanamkan semua PANCARAN API yang
terdapat pada bumi. TANDA-TANDA BESAR KIAMAT?OBJEK MERAH KELIHATAN DI
LANGIT.Planet ini hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana
kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. Sekiranya
kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi &
matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua
sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Ini
bermakna,apa sahaja jentera langit dan bumi,asalkan yang mempunyai saluran elektrik,akan
dengan sendirinya tidak berfungsi,satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel
system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop,tenaga elektrik,
handphone, playstation tidak akan berfungsi lagi,dan anda akan kembali ke zaman
sebelum tibanya elektrik.Itu pun sekiranya anda masih hidup hasil dari
peristiwa ini, kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap pada 2012 hasil
dari tindak balas berbahaya antara bumi dan Planet-X.
Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu
hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di
mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba,
berperang dengan pedang cara kuno,menunggang kuda sebagai satu medium
pengangkutan...bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR......
KAJIAN SAINS: Setelah saya membuat
kajian,sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi
& matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua
sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api.Anda akan
kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Ini pesanan saya lagi...
Tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia
akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri gunakan
Sekiranya kajian saya di atas berpandukan
hadis,maka sudah tentulah bahawa apa sahaja teknologi moden hari
ini,persenjataan tercanggih,akan menjadi tidak aktif dan hancur dari dunia
ini... Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini berlaku,adalah satu
kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik,manusia
akan kembali kepada fitrah semula,dan mana-mana manusia yang tinggal di
bandar,adalah manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang duduki
itu sedang tenggelam,kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim seperti
banyak yang ada di Tanah Melayu...
Saya berpesan kepada anda sekali lagi,gunakan
duit anda untuk:
-melangsaikan hutang dunia
-membeli tanah di kawasan pedalaman
-menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung
-membeli kuda seorang dua ekor
-mengasah pedang dan mencanai keris
-menguasai kembali teknik MEMANAH
-dan kembali mengajar anak-anak anda semua
berenang
Ketahuilah, kita ada tak sampai 40 tahun sahaja
lagi sebelum Tasik Galilee kering sepenuhnya, kita ada hanya purata 40 tahun
sahaja lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini, dan anda kena faham
lagi sekali,sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun
ada di keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi,dan
sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di
sekeliling kita menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar, ya kawan-kawan...
dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi Isa,dan Imam Mahdi akan muncul
dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan,sekali lagi saya ingatkan,anda hanya
ada 40 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar,bila satu tanda
besar keluar,perhatikan sekeliling anda,semua tanda-tanda kecil sudah lengkap
kan?bila satu tanda besar keluar,akan datang tanda-tanda besar seterusnya tanpa
ragu-ragu...
Dan ingatlah wahai Muslimin,doa Nabi Ibrahim
makbul sehingga akhir zaman,dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul
terakhir Nabi Muhammad,dari susurgalur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda
bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"), yang mana
dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi,percayalah bahawa di dalam
darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad,kerana mereka
berdua dari keturunan yang sama, sedangkan Mahadi adalah waris dari keturunan
yang tak pernah meninggalkan Solat,carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada
dalam Al-quran) dan kerana itulah,Solat 5 Waktu di tahiyat akhir,kita akan
selalu bacakan nama 2 Nabi itu.
Pesanan Terakhir,langsaikan hutang secepat
mungkin,tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di
pedalaman,kumpulkan kain-kain yang tahan lama,ternak dan gembala kambing,ajar
anak-anak menunggang kuda,simpan cermin mata anda sebaik mungkin,banyakkan
mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik,banyakkan menulis dan berpesan
pada jiran sebelah,latihkan anak-anak Melayu kita dengan kemahiran
memanah,banyakkan berenang di waktu petang,minta maaf pada saudara-saudara
terdekat dan saudara-saudara jauh,kita kena cepat minta maaf (kerana apa pun
boleh jadi bila Dajjal menguasai hari ini)
Jika perlu,sila sebar-sebarkan nasihat di atas
kepada semua Muslimin yang pandai berbahasa Melayu.
Peristiwa Tamim ad-Dari disebutkan dalam Sahih
Muslim:
Telah menyampaikan kepada kami Ibnu Buraidah dari
Amir bin syurahbil asy-Sya, kabilah Hamdan, bahawa ia pernah bertanya kepada
Fatimah binti Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama. Amir
berkata:" Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari
Rasulullah s.a.w yg tidak engkau sandarkan kepada sesiapapun selain
beliau." Fatimah berkata:" jika engkau mahu, nescaya aku
lakukan." Amir berkata: Tentu, sampaikanlah kepadaku."
Fatimah berkata: Setelah menyelesaikan solatnya,
Rasulullah s.a.w duduk dimimbar. Sambil tersenyum, beliau bersabda:"
Hendaklah setiap orang tinggal di tempat solatnya." Selanjutnya beliau
bersabda:" apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?"
mereka menjawab: " Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui."
Beliau bersabda: "Sesungguhnya aku, demi
Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun
ketakutan. Melainkan, aku mengumpulkan kamu semua adalah kerana Tamim ad-Dari,
yg dulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai'at masuk Islam. Ia menceritakan
kepadaku seperti apa yang telah disampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Ia
menceritakan kepadaku bahawa ia mengenderai sebuah perahu bersama tiga puluh
orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka di buai ombak selama sebulan di laut.
Lantas mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari.
Mereka duduk-duduk di pantai dekat perahu. Lalu mereka naik ke pulau itu. Maka
mereka didatangi oleh seekor binatang yang banyak bulunya, yang mereka tidak
dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.
Mereka berkata:' Celaka kamu, apakah kamu ini?'
Binatang itu menjawab:'Aku adalah Jassasah (mata-mata)' mereka
bertanya:'Mata-mata apa?' Ia menjawab:'Wahai kaum, pergilah kepada orang yang
berada di dalam gua, kerana ia merindukan berita dari kamu.'
Tamim ad-Dari berkata: 'Ketika binatang itu
menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin ia
adalah syaitan perempuan.'
'Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua.
Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat
dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan
rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi
diantara hingga kedua mata kakinya. Kami katakan:
'Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini? Ia
menjawab: 'Kamu semua telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku,
siapakah kamu ini?' Mereka menjawab: ' Kami adalah adalah manusia dari Arab.
Kami belayar perahu lalu dipukul gelombang laut besar dan ombak mempermainkan
kami selama sebulan'. Maka kami duduk-duduk di pantai dekat perahu lalu
memasuki pulau ini. Kami didatangi oleh seekor binatang yang berbulu lebat
sehinnga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya.
Kami bertanya: ' Celaka kamu, apakah kamu ini?'
Binatang itu menjawab: 'Aku adalah mata-mata' 'Mata-mata apa?' 'Pergilah kepada
orang yang ada di dalam gua ini, kerana ia sangat merindukan berita dari kamu
semua.' 'Maka kami pun segera menjumpaimu. Kami takut pada binatang itu, dan
kami tidak tenang jangan-jangan syaitan betina. Orang itu berkata:' Beritahukan
kepadaku tentang kurma Baisan!' [Nota:Baisan sebuah daerah berada dekat Syam
lama dan merupakan salah satu kota di Palestin]. 'Tentang apakah yang kamu
tanyakan?' 'aku bertanya kepadamu, apakah pohon kurma itu hampir berbuah?' 'ya'
'Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak berbuah' Lalu ia berkata lagi:'
Beritahukan kepadaku tentang tasik Tabariyyah!' 'Tentang apakah yang kamu
tanyakan?' 'apakah tasik itu masih berair?' [Nota:Tasik ini besar, luasnya 10x6
batu2 . Airnya makin berkurang. Jarak Tasik Tabariyyah dgn Bait al-Muqaddis
sekitar 100 batu] 'Ya, tasik itu masih banyak airnya' 'Sesungguhnya air tasik
itu hampir habis' Ia berkata:' Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!'
'Mengenai apakah yang kamu tanyakan?' 'Apakah mata air itu masih memancarkan
airnya dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dari mata air itu?'
[Nota:Melimpahnya air dari mata air Zughar terjadi sekali lagi adalah isyarat
dekatnya keluar Dajjal silaknat] 'Ya, mata air itu masih memancarkan banyak
air, dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.' 'Terangkan padaku
tentang nabi yang diutus kepada orang-orang yang buta huruf, apa yang
dilakukannya?' 'Ia telah keluar dari Makkah menuju Yathrib' 'Apakah orang Arab
memeranginya?' 'Ya' ' Bagaimana caranya memperlakukan mereka?' 'Ia telah
menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya' 'Apakah
demikian?' 'Ya', 'Lebih baik dari mereka untuk mengikutinya. Aku akan
memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku adalah al-Masih Dajjal. Aku
hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di
muka bumi. Aku tidak melewatkan suatu kampung melainkan aku akan tinggal di
situ selama empat puluh malam kecuali kota Makkah dan Taibah (Madinah). Kedua
kota itu diharamkan atasku. Setiap kali aku akan memasuki salah satu kota itu,
aku akan dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalkan
kepalaku. Di setiap celah kedua-dua kota itu dijaga oleh para malaikat.'
Fatimah berkata:
"Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ini adalah Taibah(kota Madinah), Ingatlah apakah
hal itu telah aku sampaikan pada kamu semua?" Orang-orang menjawab:"
Benar" Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Sungguh cerita Tamim itu sesuai
dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Makkah dan
Madinah. Ketahuilah Dajjal itu berada di laut Syam atau dilaut Yaman, bukan
dari timur, bukan dari timur, bukan dari timur,sambil mengisyaratkan tangannya
kearah timur" (Lihat Sahih Muslim dengan syarah Imam an-Nawawi, Matba'ah
al-Misriyyah, XVIII, hlmn 78-73)