Ada
sesuatu yang menggelikan hati.. melihat reaksi mereka..
Betullah
kata orang hidup ini perlu dinikmati.. tapi ada caranya.. aku percaya ramai
orang menikmati hidup ini dengan perkara-perkara yang diminati...
kadang-kadang
kehidupan sebagai seorang mahasiswa/remaja/pelajar/ anak ini besar
tanggungjawab dan pancarobanya..
iye
betul... bermula dengan zaman remaja, adalah satu zaman yang sangat kritikal
dan di sinilah terdapat pelbagai insiden yang perlu ditempuhi.. kan.. bermula
dengan pilihan kenalan, scanning itu perlu sebelum memilih kawan utk
dijadikan sebagai ikutan. Sebab apa kan.. menurut kajian rakan sebaya
adalah orang kedua yang rapat selepas ibu bapa, segala masalah dikongsi
bersama.Tapi, ini tidak bermakna kita perlu menjauhkan diri dengan orang yang
tidak berapa 'comel' akhlaknya.. Jadi di sinilah peranan kita untuk mendekati
golongan ini untuk bersama-sama mengajak mereka ke arah kebaikan.. kata orang
.. amar makruf nahi mungkar... mesti tak nak masuk syurga sorang-sorang
kan..
"Kamu
(umat islam) adalah umat terBaik yang diLahirkn untuk manusia, (kerana kamu)
menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kpd
Allah." [2:110]. "Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu
hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang
besar." [8:28]
Namun,
tak kurang juga... perkara yang paling penting adalah hubungan dan pergantungan
kita kepada Allah swt. Aku sendiri pernah tertanya-tanya sejauh mana
kebergantungan aku kepada Allah..
Sebab...
pernah satu ketika, aku tidak bersama team bulatan gembira untuk satu
masa yang agak lama. Cuti kan.. semua orang kat kampung, tapi aku di taska.
Jiwa ini perlu diisi agar ia tidak menjadi gersang. Kerana waktu itu
rindu sangat kepadaNya.
Mungkin
semasa di kampus, keterlibatan dengan usrah dan pengisian yang ada akan
membuatkan jiwa yang gersang ini sentiasa terisi. Tapi, bagaimana pula bila
satu hari nanti aku tidak lagi bersama dengan mereka. Percayalah!Aku tidak akan
selama-lamanya akan menjadi seorang mahasiswi. Kehidupan perlu diteruskan
bukan? walau mungkin ada hati yang tidak rela... masa itu tetap akan berlalu,
dan mungkin setiap perkara hanya akan tinggal sebagai kenangan. Oh
tidak!mungkin hati akan menjerit. aku harap sangat perkara ini akan berterusan
walaupun mungkin satu hari nanti aku akan mempunyai kehidupan sendiri.
Ya..
memang benar, semasa berada di taska, aku ada menyuarakan.. sebenarnya, jiwa
saya sakit, saya tidak dapat meneruskan hidup bila lihat saya dikelilingi oleh
orang yang tidak sama fikrah dengan saya. Allahu rabbi ! Hajar... mengapa
disalahkah persekitaran? maafkan hambaMu ya Allah.
Aku
tidak selesa bila berada dalam kelompok itu. Bukankah persekitaran adalah
satu faktor yang mempengaruhi seseorang ? sama seperti aku.. Cuma pada tika
itu, jiwa yang besar. I'm strong itu perlu hadir. Jiwa aku tak cukup besar.
Di
sinilah pergantungan kita kepada Allah dapat kita uji.. Sebenarnya sejauh mana
pergantungan kita kepada Allah.. jika diri ini masih lagi mengharap kehadiran
mereka di sisi.. mungkin aku boleh katakan pergantungan kepada Allah itu masih
kurang.. Mungkin perkara ini perlu diterapkan dalam bulatan gembira.
Berpijak
di bumi yang nyata itu perlu. Aku sedar, tak selamanya kita akan
bersama,beruntunglah diri kamu jika dapat pasangan yang sama fikrah, ramai yang
cakap begitu. Aku mengiyakan.. Benar! Mungkin kita tidak akan selama-lamanya
bersama, tapi Allah sentiasa bersama dengan kita, setiap masa. Tidak pernah
sedetik Allah melupakan kita. Benar bukan..
Jadi...
mari bersama kita, letakkan sepenuhnya pergantungan kita kepada Allah.. Yakin
dengan-Nya.. dulu aku tertanya-tanya.. bagaimana aku nak meletakkan sepenuhnya
pergantungan kepada Allah.. hari ini, jawapannya.. ialah Keyakinan
kepada-Nya... iman itu sendiri adalah Yakin dengan sepenuh hati.. Yakinlah
dengan sepenuh hati tanpa ragu-ragu, baik dari segi rezeki, jodoh, malah
segala-galanya... Bukan lagi bergantung kepada manusia.
Selangkah
kita berjalan ke arah-Nya, seribu langkah Allah 'berlari' mendapatkan
kita.