Assalamualaikum.
Saya percaya dalam hidup ni, pelbagai ragam manusia yang
pernah readers jumpa bukan. Ada yang baik, ada yang penyayang, ada yang rajin,
ada yang pemujuk, ada yang suka merajuk, ada yang sensitif, macam-macam
ada..
its ok kan.. kalau jumpa orang yang boleh masuk or ngam
dengan kita.. tapi, macam mana kalau dengan tak ngam?
aduh, boleh sakit jiwa lagi2 kalau hari2 nak berdepan
dengan kawan macam ni..
aha!
ok, kalau ada kawan macam ni.. memang benar kita akan rasa
penat!
tapi.. apa kata lupakan semua perkara negatif tentang diri
dia.. dan katakan pada diri anda, jangan sampai dia mempengaruhi diri
anda..
iye.. like attracts like.. bila mana kita sayang orang,
secara tak langsung, kita akan membuatkan dirinya juga sayang pada kita..tak
percaya? inilah yang dikatakan hukum alam..
sama juga.. dislike attracts dislike.. bermakna, kalau kita
membenci orang, secara tak langsung orang berkenaan akan rasa benda yang sama,
perkara negatif
contoh : eh.. dia tak suka aku.. or dia ni kenapa,
asal jumpa aku je.. mesti bermasam muka.. time aku senyum je.. mesti dia tak
balas...padahal aku tak de buat salah apa2 pun.. lantakla dia..
so readers rasa apa kalau 'aku' di atas
adalah readers?
agak-agak bila terserempak lagi dengan kawan readers yang
macam di atas, readers nak senyum lagi ke?
saya rasa tak, sebab apa? first, disebabkan ego.. maybe
kita akan fikir.. dah cukup 3 kali aku senyum kau tak balas, kali keempat jumpa
kau.. aku tak nak tengok muka kau lagi...
see... ?
inilah hukum alam. ni sekadar contoh yang simple.. perkara
ini benar-benar berlaku..
hakikatnya..
teruslah melalukan perkara baik.. mana tahu kali keempat
dia akan senyum.. that's why, orang yang menemui kebenaran tidak akan kecewa...
kerana... apa yang dilakukan adalah kerana Allah swt. dan apa yang saya nak
pesankan.. manusia ini kerapkali menilai melalui perbuatan, tapi Allah swt
menilai melalui hati hamba-Nya..
Jom sayang sahabat kita, biar apapun reaksinya kepada kita,
teruskan bermanis muka dan sayang pada dia.. kita tak rugi apa pun kan..
Tiada orang yang sempurna di dunia ini, apatah lagi kita ni
manusia biasa kan... tak perlu mengharapkan kesempurnaan dari orang lain,
kerana hanya Dia sahaja yang Maha Sempurna. Jadikan kelebihannya dirai,
kekurangannya diredhai.
Salam kasih sayang,
selamat berbuka kpd yang berpuasa sunat hari ni..