Menurut
Senge (1990) organisasi pembelajaran adalah tempat di mana sekumpulan manusia
yang diberikan kebebasan untuk membentuk kapasiti mereka ke arah kejayaan yang
diingini, dimana pembentukan idea pemikiran yang baru berlaku dan proses
pembelajaran berlaku sepanjang masa dimana mereka belajar cara belajar secara berterusan.
Persekitaran juga dibina ke arah pembelajaran yang berterusan dan setiap ahli
dalam organisasi mendapat faedah hasil daripada organisasi pembelajaran.
Senge
(1990) memperkenalkan lima dimensi organisasi pembelajaran iaitu:
i. Personal mastery
ii. Misi sepunya
iii. Model mental
iv. Pembelajaran berkumpulan dan
v. Sistem berfikir
Personal
Mastery merujuk lepada setiap individu mestilah mengetahui sebab dan keperluan
kehadirannya dalam sesuatu organisasi atau institusi. Ini adalah penting untuk
memberikan gambaran yang jelas kepada setiap individu tentang kepentingan
kewujudannya di dalam organisasi.
Misi sepunya merujuk lepada keadaan dimana
setiap individu memahami matlamat organisasi dan jelas akan misi kehadiran
mereka di dalam organisasi tersebut. Menjadi tangunggjawab pemimpin organisasi
untuk mendengar dan membuat sÃntesis lepada setiap misi individu untuk
memastikan akhirnya setiap individu mempunyai misi sepunya yang mengambil Kira
misi individu-individu dalam organisasi.
Model mental pula merujuk lepada keadaan dalam
organisasi dimana setiap individu mempunyai cara berfikir dan melihat kepada
sesuatu perkara itu berbeza-beza dan adakala apa yang difikirkan tidak selari
dengan apa yang dipraktikkan. Dimensi ini memerlukan pemimpin untuk memastikan
setiap individu mempunyai fikiran yang betul terhadap organisasi.
Pembelajaran
berkumpulan memerlukan setiap individu dalam organisasi bertukar-tukar fikiran
untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Dialog dan debat digalakkan
untuk membentuk pembelajaran dan menghormati pendapat orang lain yang berbeza
pendapat.
Dan akhir sekali sistem berfikir adalah dimana
setiap individu dalam organisasi melihat organisasi sebagai sangat penting dan kelemahan
organisasi diambil sebagai peluang untuk belajar bersama-sama untuk
menambahbaikkanya.