Bangsa Melayu menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah, berasal dari isteri
ketiga Nabi Ibrahim a.s. yang bernama Siti Qanturah. Namun lebih disebut dalam
sejarah atau bahasa lama, Keturah yang bererti harum, wangi baik budi pekerti.
Jika Bani Israil adalah dari Nabi Ishaq, dan bangsa Arab adalah dari Nabi
Ismail, bangsa melayu adalah dari Siti Qanturah atau lebih dikenali sebagai
Bani JAWI. Disebut di dalam kitab Ibnu Kathir, JAWI ini bererti yang meyakini
Tuhan yang Esa, dan erti lainnya ialah jauh. Jawi yang dikatakan jauh itu
berasal dari kalimah arab yang bermakna, 'angin' (jawwu). Ini merujuk kepada
betapa jauhnya kedudukan mereka dengan bani Israel dan bangsa arab di sekitar
Timur Tengah ini.
Bangsa melayu, juga dikenali sebagai Jawi (yang kemudian
bertukar/terkenal dengan jawa) adalah bangsa yang disimpan. Bagi yahudi, mereka
lebih kenali sebagai bangsa yang hilang. 'Hilang' kerana 'saudara' mereka dari
ibu ke tiga ini tidak dapat dihubungi, tidak tahu di mana berada. 'Hilang' juga
kerana mereka mahu menyembunyikan bahawa saudara mereka ini akan menerajui
empayar dan menguasai bumi atas nama Islam.
Jadi, apa kaitan Jawi, bangsa yang hilang, bangsa yang
disimpan, bangsa dari timur, yang berhidung peset ini dengan kebangkitan Islam
ke dua ini? Sebenarnya, bangsa ini adalah bangsa yang disebut di dalam hadis
Nabi s.a.w.,
“Satu kaum dari Timur (Pemuda Bani Tamim dan ikhwan)
akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada Al-Mahdi.”
Menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, kaum dari timur
dan timur yang dimaksudkan ialah, bangsa melayu dari Tanah Melayu. Ini tidak
menghairankan, kerana mereka memang dipersiapkan. Bukan sahaja mereka dari
keturunan Jawi yang hilang itu, bahkan mereka adalah keturunan Ahlul Bait dan
para sahabat.
Ini juga adalah doa Nabi Ibrahim kepada keturunannya
yang tidak diberikan Nabi atau Rasul dikalangan mereka, namun cahaya Nabi dan
Rasul ada bersama mereka.
“Ya Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang
Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab
dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha
Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat
keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari
orang-orang yang bertakwa.”
Doa Nabi Ibrahim diperkenankan Tuhan, lalu baginda
mengarahkan anak-anaknya dari Siti Qanturah ini tetaplah di timur. Baginda
dikhabarkan bahawa walaupun tiada Nabi atau Rasul dikalangan mereka, Tuhan akan
mengutuskan pemimpin yang bertaraf Nabi dan Rasul, yang membawa cahaya Nabi dan
Rasul, namun dia bukanlah Nabi atau Rasul. Maka sesuailah dengan hadis-hadis
Rasulullah s.a.w. tentang Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim bahawa mereka
bukanlah Nabi dan Rasul, namun tanggungjawab dan tugas Nabi dan Rasul itulah
yang ditanggung mereka.
Sumber : Kembara
di Perjalanan ini
Superb information. For the first time I read the information shared by you and found it really worthy.
quickbooks support number
nice post.
quickbooks technical support
Are you experiencing some minor difficulties with your Chrome browser these days? Don’t worry as full Google Chrome support is available on your own phone.